BERITA TERKINI   Semua perkhidmatan JPJ melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung mulai 5 Okt 2026 - KP JPJ | Aichi-Nagoya 2026: Skuad skuasy lelaki negara raih emas acara berpasukan tewaskan Pakistan 2-0 | Petronas Chemicals lantik Izwan Ismail sebagai pengarah urusan dan CEO berkuat kuasa 1 JanĀ 2027 | Aichi-Nagoya 2026: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang raih emas kelapan negara menerusi acara keirin lelaki | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR,18 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya tinggi pada Selasa.

Pada 9.34 pagi, kontrak September 2026 meningkat 2.5 mata kepada 1,707.0, Disember 2026 naik 1.5 mata kepada 1,707.5 dan Mac 2027 menambah empat mata kepada 1,689.0 namun kontrak Ogos 2026 rendah satu mata kepada 1,724.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,063 manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,938 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.57 pagi, FBM KLCI susut 0.85 mata kepada 1,725.04 daripada 1,725.89 semasa ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner