BERITA TERKINI   Projek Residensi Siswa Universiti Malaya mesti bebas ketirisan, tonjol nilai MADANI - PM Anwar | PM Anwar akan pantau sendiri Projek Residensi Siswa Universiti Malaya, mahu ia disiapkan lebih awal dari jadual | Persiapan MAHA 2028 dimulakan seawal Januari tahun depan, termasuk meneliti cadangan penambahbaikan -- Mohamad Sabu | Semua institusi pendidikan KPM di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa esok - JPNS | Fasa pertama JENDELA 2 di Sarawak libatkan 350 lokasi dengan peruntukan RM545 juta - Fahmi Fadzil | 

IHPR Malaysia Naik 9.7 Peratus Pada Julai, Terus Meningkat Empat Bulan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 9.7 peratus pada Julai 2026, lebih tinggi berbanding kenaikan 9.2 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam laporan terbaharu, IHPR Pengeluaran Tempatan, Julai 2026, DOSM memaklumkan semua sektor mencatatkan peningkatan IHPR Pengeluaran Tempatan bagi bulan keempat berturut-turut.

“Indeks sektor perlombongan terus meningkat sebanyak 30.5 peratus pada Julai 2026, didorong terutamanya oleh pengekstrakan petroleum mentah yang meningkat 39.6 peratus.

Ad Banner

“Indeks sektor pembuatan pula meningkat 8.2 peratus, disumbangkan oleh pembuatan kok dan produk petroleum bertapis yang naik 30.4 peratus serta pembuatan produk komputer, elektronik dan optik yang meningkat 10.5 peratus,” menurutnya dalam kenyataan.

Bagi sektor utiliti, indeks bekalan air meningkat 10.2 peratus, manakala indeks bekalan elektrik dan gas naik 6.7 peratus.

Secara bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus pada Julai 2026 berbanding 0.6 peratus pada bulan sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sektor perlombongan kembali meningkat 1.1 peratus, manakala sektor pembuatan naik 0.8 peratus dan pembuatan produk komputer, elektronik dan optik meningkat 1.5 peratus.

Selain itu, indeks pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 0.7 peratus, manakala indeks bekalan elektrik dan gas naik 0.1 peratus. Sebaliknya, indeks bekalan air susut 1.4 peratus.

Mengikut peringkat pemprosesan, semua peringkat mencatatkan peningkatan pada Julai 2026, dengan indeks bahan mentah meningkat 24.1 peratus, indeks bahan, bekalan dan komponen perantaraan naik 8.4 peratus, manakala indeks barang siap meningkat 2.5 peratus.

-- BERNAMA