BERITA TERKINI   Kerajaan lulus secara prinsip usul memperkasa Mahkamah Syariah, akan rujuk Majlis Raja-Raja- PM Anwar | Jangan sorok kes buli, salah laku disiplin semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah - PM Anwar | Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | Malaysia negara pertama berjaya menghantar pulang tahanan Myanmar ke negara asal - PM Anwar  | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu, seiring dengan kadar asas pasaran tunai.

Pada 9.08 pagi, kontrak September 2026 naik 13.5 mata kepada 1,677.0, Oktober 2026 meningkat 13 mata kepada 1,675.5, Disember 2026 menokok 11.5 mata kepada 1,681.5, dan Mac 2027 melonjak 12.5 mata kepada 1,667.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,387 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,041 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.33 pagi, FBM KLCI menambah 3.64 mata kepada 1,704.18 daripada 1,700.54 semasa ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner