BERITA TERKINI   Piala FA: Sabah 2-2 Selangor | iQIYI dan penerbit mohon maaf, setuju tarik sementara drama 'Madu atau Racun' untuk disunting semula - CEO FINAS | Operasi pembenihan awan di Sarawak: Kelompok awan dikesan ketika ini tidak sesuai untuk operasi berkenaan - Fahmi | Sambutan Hari Malaysia diteruskan di BCCK, namun acara luar bangunan dibatalkan susulan keadaan jerebu - Fahmi | Petronas bersedia untuk mengekalkan pengeluaran minyak dan gas Malaysia hampir 2.0 juta boe/h hingga 2028 - tengku Muhammad Taufik | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Pasaran Tunggu Data Pekerjaan AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, sejajar dengan prestasi emas yang lemah di pasaran global.

Pakar strategi global Quintex Intel Stephen Innes berkata perhatian kini tertumpu kepada laporan senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan pada Jumaat, dengan pelabur emas mengharapkan data pekerjaan yang lebih lemah, yang boleh mengurangkan jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada September sekali gus menyokong harga emas.

Ad Banner

"Emas pada mulanya menembusi paras US$4,300 setiap auns troy dalam dagangan Asia, meneruskan penilaian semula terhadap pendirian hawkish Fed yang bermula di London semalam dan kemudiannya merebak ke pasaran bon global, dengan hasil bon meningkat. Keadaan ini lazimnya negatif bagi emas sebagai aset yang tidak memberikan hasil," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Innes berkata pembeli mula kembali ke pasaran, dengan harga emas kelihatan stabil sekitar US$4,325 setiap auns troy, menunjukkan permintaan asas terhadap emas masih wujud.

"Pengukuhan dolar AS turut mengurangkan momentum dagangan penyusutan nilai, yang mula kembali mendapat tarikan minggu lepas," katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2026 susut kepada US$4,321.70 setiap auns troy daripada US$4,385.70 setiap auns troy semalam, manakala kontrak Oktober 2026 turun kepada US$4,335.80 setiap auns troy berbanding US$4,401.90 setiap auns troy.

Kontrak November 2026 merosot kepada US$4,353.20 setiap auns troy daripada US$4,417.80 setiap auns troy, manakala kontrak Disember 2026, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing susut kepada US$4,361.00 setiap auns troy daripada US$4,425.60 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 127 lot daripada 117 lot semalam, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 184 kontrak daripada 164 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,353.15 setiap auns troy dalam penetapan harga petang Persatuan Pasaran Jongkong London (LBMA) pada 1 Sept 2026.

-- BERNAMA