BERITA TERKINI   Kelompongan yang wujud termasuk berkaitan kemiskinan dan akses bantuan mesti ditangani segera - PM Anwar | Masyarakat India tidak akan dipinggirkan dalam agenda pembangunan negara Kerajaan MADANI - PM Anwar | Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 di Tok Bali, Pasir Puteh dijangka mula beroperasi November ini - Saifuddin Nasution | KDN sedia hadapi ancaman penyusupan, pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand - Saifuddin Nasution | Dua remaja selamat insiden lemas Tanjung Lompat masih dirawat di Hospital Kota Tinggi - Exco | 

Xiaomi Lancar REDMI Note 17 Series Dan Peranti Boleh Pakai Pintar Baharu In Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Xiaomi Corporation hari ini telah melancarkan REDMI Note 17 Series di Malaysia, terdiri daripada empat model baharu termasuk varian Pro Max yang pertama, di samping barisan terkini peranti boleh pakai pintar.

Syarikat elektronik pengguna dan pembuatan pintar dari Beijing itu melalui satu kenyataan berkata REDMI Note 17 Series merangkumi empat model baharu iaitu REDMI Note 17, REDMI Note 17 5G, REDMI Note 17 Pro 5G dan model Pro Max pertamanya, REDMI Note 17 Pro Max 5G.

REDMI Note 17 5G Pro Max 5G didatangkan dalam warna Cloud Blush dan Purple Black, berharga dari RM1,999, manakala REDMI Note 17 Pro 5G, ditawarkan dalam warna Biru, Hitam dan Ungu, bermula pada harga RM1,599.

Ad Banner

REDMI Note 17 5G, tersedia dalam warna Biru dan Hitam, berharga dari RM1,099 dalam talian, manakala model REDMI Note 17, model eksklusif dalam talian bermula pada RM849.

Selain itu, Xiaomi telah memperkenalkan barisan baharu peranti boleh pakai pintar seperti REDMI Watch 6 Active dan REDMI Watch 6 Lite selain warna baharu, Mist Blue untuk REDMI Headphones Neo.

Untuk menandakan ketibaan rasmi REDMI Note 17 Series di Malaysia, Xiaomi berkata ia akan mengumpulkan peminatnya melalui acara “REDMI Boss for a Day: Meerqeen” di Xiaomi Store The Exchange TRX, Kuala Lumpur, pada 5 Sept 2026.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA