BERITA TERKINI   Tragedi Tanjung Lompat: Mayat Muhammad Adib Hafiy Kamal ditemukan pada 11.15  pagi - polis | MAG Culinary Solutions perluas keupayaan penyediaan makanan dalam penerbangan dengan kemudahan baharu dijangka siap pada suku keempat 2028 - Kapten Nasaruddin | Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Busan mulai Disember 2026, Firefly perkenal penerbangan terus ke Kunming - Kapten Nasaruddin | Kementerian Ekonomi teliti persiapan tangani negara menua dalam Belanjawan 2027 -- Akmal Nasrullah | Serian catatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 518 iaitu tahap bahaya setakat 10 pagi ini- portal APIMS | 
Ad Banner

BNM Dijangka Kekalkan OPR 2.75 Peratus Pada Mesyuarat November Ini

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Penyelidikan beberapa bank pelaburan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 2.75 peratus menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang dijadualkan pada November depan.

Jangkaan itu berikutan langkah bank pusat berkenaan mengekalkan OPR itu dalam mesyuarat semalam.

Menerusi nota penyelidikannya, Hong Leong Investment Bank (HLIB) menganggap sebarang perubahan pendirian BNM akan menjadi isyarat bahawa usaha pelarasan dasar di masa depan sedang dirangka.

Ad Banner

Dalam situasi persekitaran inflasi masih terkawal, HLIB menjangkakan BNM akan mengekalkan ruang dasar itu bagi membolehkannya terus meneliti dan mengambil pendekatan “tunggu dan lihat”.

“Ketika kami masih menjangkakan normalisasi dasar OPR secara beransur-ansur kembali ke paras 3.00 peratus, kenaikan sebanyak 25 mata asas ini berkemungkinan pada 2027,” maklum bank itu.

Berkongsi pendirian sama, CIMB Investment Bank Bhd menjangkakan kenaikan OPR itu sebanyak 25 mata asas dan kembali ke paras 3.00 peratus pada separuh pertama 2027.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Keadaan itu akan menjadi kenyataan jika momentum pertumbuhan semasa berterusan sehingga separuh kedua 2026 dan 2027 selain peningkatan penunjuk inflasi berikutan tekanan permintaan secara meluas.

“Kami akan memantau keadaan inflasi dengan lebih rapat yang berpotensi menjadi faktor bagi normalisasi dasar,” menurutnya.

Sementara itu, RHB Investment Bank Bhd memaklumkan kemungkinan kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas itu tidak boleh dinafikan dalam bulan-bulan mendatang sekiranya inflasi lebih ketara dan berpanjangan lebih lama daripada dijangkakan.

“Asas-asas ekonomi yang berdaya tahan serta tekanan inflasi yang terkawal hanya  memyokong pendirian dasar yang secara meluasnya stabil dengan tiada keperluan segera untuk tujuan pelarasan dasar.

“Bagaimanapun, ketidaktentuan yang terus ketara membabitkan ketegangan geopolitik dan gangguan bekalan minyak di luar jangka dalam kalangan negara pengeluar utama bahan api itu berkemungkinan memberi tekanan terhadap kenaikan harga tenaga global,” menurut bank pelaburan itu.

-- BERNAMA