BERITA TERKINI   Tiada keperluan isi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Petaling Jaya – Pengerusi SPR | Cadangan keanggotaan Majlis Perkhidmatan Parlimen akan dipertimbangkan pada 13 Okt ini - Azalina | Kerjasama FINAS-Jabatan Insolvensi perluas akses penggiat industri kreatif kepada perkhidmatan insolvensi, bantuan guaman dan mediasi - Azalina | Azalina pelawa penggiat industri kreatif teroka potensi Bangunan Sulaiman sebagai lokasi penggambaran | JPJ sedia kaunter Mobile JPJ di KSAB, BSI mudahkan urusan pembayaran saman melibatkan bukan warganegara - Loke | 

NexG Kembali Guna Nama Datasonic Di Bursa Malaysia Bermula 7 Oktober

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- NexG Bhd (NexG) kembali menggunakan nama asalnya, Datasonic Group Bhd selepas pemegang sahamnya meluluskan cadangan nama itu pada mesyuarat agung tahunannya baru-baru ini, iaitu pada 30 September.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu menjelaskan bahawa bermula 7 Oktober, sekuriti syarikat itu akan diniagakan dan disebut harga di bawah nama baharu tetapi dengan kod saham yang sama.

Pada waktu rehat tengah hari, NexG kekal tidak berubah pada paras 30 sen dengan 2.39 juta saham diniagakan.

Ad Banner

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner