BERITA TERKINI   Kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak antara tumpuan fasa kedua Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 libatkan 2,000 lokasi - Fahmi | Jerebu: JKR lanjut operasi lampu jalan dilengkapi pemasa (timer) hingga dua jam bagi mudahkan pengguna jalan raya - Ahmad Maslan | Kerjasama dengan Mesir buka peluang besar kepada Malaysia memperluas perdagangan, pelaburan dan sektor pelancongan - Anwar | Malaysia, Mesir setuju adakan mesyuarat suruhanjaya bersama pada suku pertama 2027 untuk memperkukuh kerjasama dua hala - Anwar | Tabung Pos ditubuhkan dengan dana RM150 juta di bawah seliaan MCMC, beroperasi suku pertama 2027 – Fahmi | 

Belanjawan 2027 Memajukan Visi Kemakmuran Bersama Menerusi Pelan Tindakan MADANI

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 mencerminkan kemajuan berterusan dalam membina kejayaan Malaysia untuk menaikkan siling ekonomi di samping mengangkat lantai kesejahteraan rakyat bagi memenuhi visi kemakmuran bersama dalam pelan tindakan MADANI.

CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB) dalam nota penyelidikannya hari ini memaklumkan belanjawan itu mencerminkan pengagihan semula dan pertumbuhan dividen daripada hasil pembaharuan kepada segmen masyarakat yang lebih luas di samping mengekalkan laluan pengukuhan fiskal yang berwibawa.

“Belanjawan itu mengekalkan elemen pengukuhan fiskal dengan sasaran defisit belanjawan yang lebih rendah, iaitu 3.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 3.6 peratus daripada KDNK pada 2026.

Ad Banner

“Selain itu, ia melaksanakan langkah-langkah untuk mengagihkan manfaat daripada pertumbuhan KDNK keseluruhan yang berterusan, yang diunjurkan pada 4.2 hingga 5.2 peratus pada 2027, kepada isi rumah dan perniagaan,” tambahnya.

Menurut CIMB IB, setelah mengambil kira pengecualian hasil petroleum dan subsidi, ia menganggarkan rangsangan fiskal sebanyak 0.16 mata peratusan daripada KDNK.

“Ia direalisasikan melalui ruang fiskal yang dicipta dalam belanjawan terdahulu menerusi penyasaran subsidi, kecekapan kos, peluasan liputan cukai dan pengembangan asas hasil,” menurut nota penyelidikan itu lagi.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, bank pelaburan berkenaan memaklumkan pelaksanaan pelaburan yang digariskan dalam belanjawan berperanan penting bagi meningkatkan kapasiti produktiviti perniagaan dari semasa ke semasa.

“Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kadar cukai yang lebih rendah membantu menangani kejutan luaran, terutamanya apabila digabungkan dengan sokongan pembiayaan dan insentif pelaburan,” tambahnya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM459.8 bilion, merangkumi RM376.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM83 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

-- BERNAMA