BERITA TERKINI   Jerebu: Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah, perlu maklumkan ketidakhadiran - JPWPKL | Semua institusi pendidikan bawah KPM di Kuala Lumpur beroperasi secara bersemuka esok, aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan - JPWPKL | Pelabur China berminat bawa pelaburan aluminium berskala besar ke Samalaju, Sarawak - TPM Ahmad Zahid | Pertikaian takhta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hendaklah diselesaikan melalui saluran sah, berpandukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 - Raja-Raja Melayu | Malaysia pertimbang teknologi 'modern policing' digunakan China perkukuh pencegahan jenayah kawasan berisiko tinggi di Malaysia - TPM Ahmad Zahid | 

MCE Raih Kontrak RM23.29 Juta Bekal Komponen Elektronik Automotif Kepada Firma AS

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd, unit MCE Holdings Bhd, berjaya memperoleh kontrak bernilai RM23.29 juta daripada pembekal komponen automotif berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, MCE memaklumkan kontrak itu melibatkan usaha pembekalan komponen elektronik automotif, termasuk unit kawalan elektronik paparan (ECU) bagi sebuah program kenderaan di AS selama 60 bulan bermula pada tahun kewangan 2027.

“Projek ini dijangka menjana hasil yang dianggarkan berjumlah RM23.294 juta kepada kumpulan MCE sepanjang tempoh pembekalan selama 60 bulan dengan anggaran jumlah kos pelaburan kira-kira RM754,000,” maklum syarikat itu.

Ad Banner

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Pengarah Urusan MCE Dr Goh Kar Chun berkata projek itu mengukuhkan lagi jejak syarikat dalam pasaran AS selain menambah perancangan program jangka panjang, sekali gus dapat menyokong pertumbuhan hasil yang lebih mampan.

“Ini turut membuktikan peningkatan daya saing teknologi elektronik automotif hasil sentuhan tenaga pakar kejuruteraan Malaysia serta kemampuan syarikat memenuhi piawaian ketat ditetapkan oleh pengeluar  antarabangsa,” katanya.

MCE adalah pembekal automotif khusus dalam reka bentuk, kejuruteraan dan pembuatan komponen elektronik serta mekatronik automotif.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Syarikat itu kini beroperasi di beberapa pasaran global, termasuk Jepun dan India selain eksport ke pasaran Asia, benua Amerika, Timur Tengah dan Australia.

-- BERNAMA