BERITA TERKINI   PRN Melaka : BN muktamad rundingan dengan PAS, bertanding 21 kerusi, PAS dan rakan sekutu tujuh kerusi. | BN umum calon PRN Melaka Sabtu ini - TPM Ahmad Zahid | 

Unit Jati Tinggi Peroleh Kontrak Bernilai RM30.10 Juta Bagi Kerja Pusat Data Di Johor

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Jati Tinggi Holding Sdn Bhd (JTHSB) iaitu anak syarikat milik penuh Jati Tinggi Group Bhd menerima surat lantikan (LOA) bernilai RM30.1 juta bagi kerja-kerja kontrak sebagai kontraktor utama bagi sebuah pusat data di Kulai, Johor. 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu menyatakan bahawa skop kerja merangkumi reka bentuk, termasuk kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi dua litar kerja saluran bawah tanah 275 kilovolt (kV) serta kerja kabel kuasa sementara 11kV, bagi menyokong keperluan infrastruktur tenaga.

Menurut JTG, kontrak itu berkuat kuasa bermula 16 Oktober 2026 hingga 25 Julai 2027.

Ad Banner

Syarikat itu turut memaklumkan bahawa surat lantikan itu dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan, pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham syarikat sepanjang kontrak tersebut.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner