BERITA TERKINI   Nahas tren: Kedutaan Malaysia di Madrid belum sahkan rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra | Laporan siasatan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri sebelum dimaklumkan kepada orang awam - AGC | Laporan siasatan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri sebelum dimaklumkam kepada orang awam - AGC | Anak syarikat Titijaya Land Bhd, Aman Duta Sdn Bhd menjual Penang Logistics Hub 5 di Pulau Pinang kepada Pelaburan Hartanah Bhd dengan bayaran tunai RM300 juta | Belanjawan 2027 sentiasa angkat agenda suburkan syiar Islam, bantu pondok di Malaysia - PM Anwar | 

Maxis Tidak Nafi Atau Sahkan Laporan Berkaitan Penggabungan

Oleh Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Maxis Bhd hari ini tidak menafikan atau mengesahkan laporan media mengenai kemungkinan langkah penggabungan, namun mengakui sentiasa meneliti sebarang peluang strategik dan kerjasama yang mampu menyuntik nilai tambah kepada syarikat itu.

Syarikat telekomunikasi itu memaklumkan sedemikian sebagai maklum balas terhadap laporan media kewangan Bloomberg hari ini mengenai kemungkinan penggabungan Maxis dengan U Mobile Sdn Bhd.

Ad Banner
Ad Banner

“Jika ada sebarang perkembangan korporat yang penting, kami akan mengumumkan sewajarnya kepada pasaran pada masa yang sesuai,” maklum Maxis terhadap pertanyaan Bernama.

Mengikut maklumat di laman sesawang, Maxis mempunyai modal pasaran kira-kira US$6.7 bilion hingga US$6.9 bilion (RM27.2 bilion hingga RM28.3 bilion) setakat Oktober 2026.

Sementara itu pada akhir dagangan hari ini, saham Maxis susut 14 sen kepada RM3.51 dengan 4.83 juta saham diniagakan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Terdahulu, Bloomberg melaporkan cadangan penggabungan itu berpotensi mewujudkan pengendali rangkaian tanpa wayar terbesar di negara ini dari segi nilai pasaran.

-- BERNAMA