BERITA TERKINI   ACL2: Gangwon FC 1-0 Kuching City FC | MY EG turut dikenakan tindakan saman sivil oleh kerajaan Malaysia berhubung perkara ini - Zetrix AI | MY EG Sdn Bhd terima taksiran cukai pendapatan tambahan daripada LHDN berjumlah RM353.13 juta, termasuk penalti, bagi tahun taksiran 2021, 2022 dan 2023 - Zetrix AI | Pemeteraian CSA Kerajaan MADANI dengan Bersatu dan pembangkang jadi landasan perkukuh kestabilan politik, agenda pembangunan negara - Anwar | Laporan kaitkan JCorp dengan kebakaran hutan di Indonesia tidak berasas, palsu - MB Johor | 

IPO SKA Capital Terlebih Langgan 80.42 Kali

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SKA Capital Bhd terlebih langgan sebanyak 80.42 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 11 Nov 2026.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia penyelesaian kejuruteraan infrastruktur tenaga itu memaklumkan sebanyak 25,026 permohonan bagi 3.64 bilion saham diterima daripada pelabur awam Malaysia pada harga terbitan 43 sen sesaham, bernilai keseluruhan RM1.57 bilion, berbanding 44.77 juta saham yang diperuntukkan untuk langganan awam.

Bagi bahagian bumiputera, sebanyak 12,133 permohonan bagi 1.38 bilion saham diterima, mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 60.84 kali.

Ad Banner
Ad Banner

“Bagi bahagian bukan bumiputera, sebanyak 12,893 permohonan bagi 2.26 bilion saham diterima, mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 100 kali,” menurut syarikat itu.

SKA Capital memaklumkan sebanyak 8.95 juta saham yang diperuntukkan untuk permohonan oleh individu yang layak telah dilanggan sepenuhnya, manakala 111.93 juta saham yang ditawarkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) juga telah ditempatkan sepenuhnya.

Sebanyak 74.80 juta saham IPO yang ditawarkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih turut ditempatkan sepenuhnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurut prospektus kumpulan itu yang dilancarkan pada 20 Okt 2026, SKA Capital menyasarkan kutipan RM72.3 juta daripada IPO berkenaan bagi memperkukuh keupayaannya melaksanakan beberapa projek secara serentak serta bersaing mendapatkan kontrak infrastruktur tenaga yang lebih besar dan bernilai tinggi.

-- BERNAMA