BERITA TERKINI   Banjir: Bantuan sehingga RM1,500 daripada NADMA, Kerajaan Negeri akan disalur kepada mangsa di PPS - MB Selangor | Banjir: Kerja-kerja pembangunan di Puncak Alam dihentikan sementara, semak semula pelan mitigasi - MB Selangor | Kesemua keluarga mangsa tragedi banjir Nepal-Tibet akan terima bantuan sekali bayar RM10,000 - Ramanan | Pelaksanaan tahanan rumah Najib Tun Razak ditangguh sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat - AGC | Polis Johor gerak 2,867 anggota, 3,304 aset sebagai persediaan hadapi MTL - Ketua Polis Negeri | 

MHB Selesai Penerbitan Sukuk Murabahah Dengan Nilai Nominal RM350 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) telah menyelesaikan penerbitan sukuk murabahah dengan jumlah nilai nominal RM350 juta di bawah program sukuk murabahah syarikat itu bernilai sehingga RM1.0 bilion.

MHB dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, memaklumkan bahawa penerbitan tersebut, diselesaikan pada 6 Nov, 2026, terdiri daripada dua siri sukuk murabahah dengan nilai nominal masing-masing sebanyak RM130 juta dan RM220 juta.

Sukuk murabahah bernilai RM130 juta mempunyai tempoh matang selama tiga tahun, berakhir pada 6 Nov, 2029 dengan kadar keuntungan 4.48 peratus setahun manakala sukuk murabahah bernilai RM220 juta mempunyai tempoh matang selama lima tahun, berakhir pada 6 Nov, 2031 dengan kadar keuntungan 4.69 peratus setahun.

Ad Banner
Ad Banner

Hasil daripada penerbitan ini akan digunakan untuk perbelanjaan modal, keperluan modal kerja, tujuan korporat am yang lain, dan/atau sebagai pendahuluan kepada kumpulan syarikatnya, menurut MHB.

"Semua penggunaan dana akan dilaksanakan mengikut prinsip syariah dan bagi tujuan yang mematuhi syariah," menurut syarikat itu.

Sukuk murabahah berkenaan telah diberi penarafan AA-IS dengan prospek positif oleh MARC Ratings Bhd.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurut MHB, penerbitan itu akan meningkatkan jumlah pinjaman dan tahap kadar hutang kumpulan serta mewujudkan kos pembiayaan sepanjang tempoh sukuk murabahah tersebut.

"Penerbitan ini dijangka tidak akan memberikan sebarang kesan material serta-merta terhadap aset bersih disatukan atau perolehan sesaham MHB," menurut kenyataan itu.

HSBC Amanah Malaysia Bhd (HSBC) bertindak sebagai penyelaras tunggal, manakala HSBC dan Maybank Investment Bank Bhd bertindak sebagai penasihat utama bersama, pengatur utama bersama dan pengurus utama bersama.

-- BERNAMA