BERITA TERKINI   Banjir: Bantuan sehingga RM1,500 daripada NADMA, Kerajaan Negeri akan disalur kepada mangsa di PPS - MB Selangor | Banjir: Kerja-kerja pembangunan di Puncak Alam dihentikan sementara, semak semula pelan mitigasi - MB Selangor | Kesemua keluarga mangsa tragedi banjir Nepal-Tibet akan terima bantuan sekali bayar RM10,000 - Ramanan | Pelaksanaan tahanan rumah Najib Tun Razak ditangguh sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat - AGC | Polis Johor gerak 2,867 anggota, 3,304 aset sebagai persediaan hadapi MTL - Ketua Polis Negeri | 

BNM Ambil Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Dua Entiti Disyaki Langgar Akta Perkhidmatan Kewangan

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Najmuldin Exchanger dan Nusantara Global Network kerana disyaki melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA).

Tindakan itu diambil berhubung dengan perbuatan mengiklankan aktiviti pembelian dan penjualan mata wang asing tanpa kelulusan bertulis daripada bank pusat.

“Tindakan penguatkuasaan tersebut dilaksanakan BNM dengan bantuan Polis Diraja Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha penguatkuasaan berterusan untuk melindungi orang ramai daripada kemungkinan risiko kewangan yang berkaitan dengan aktiviti pembelian dan penjualan mata wang asing yang tidak dibenarkan.

Ad Banner
Ad Banner

“Sebanyak empat premis di beberapa lokasi di Kedah dan Perak telah diperiksa. Dokumen, peralatan, buku dan peranti digital yang berkaitan telah disita bagi membantu siasatan,” maklum bank pusat menerusi kenyataan yang disiarkan di laman sesawangnya hari ini.

Semua entiti tersebut sedang disiasat di bawah subseksyen 214(2) yang dibaca bersama perenggan 1(b) Jadual 14 FSA.

Menurut BNM, orang ramai dinasihatkan supaya tidak berurusan dengan entiti tidak berlesen atau tidak berdaftar yang menawarkan atau mengiklankan perkhidmatan berkaitan mata wang asing kerana tindakan sedemikian boleh mengakibatkan penglibatan dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

 “Untuk maklumat lanjut mengenai skim kewangan haram dan tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh BNM, sila rujuk bnm.gov.my/enforcement-actions,” maklum bank pusat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mana-mana individu atau entiti yang disyaki mengiklankan atau menawarkan aktiviti pembelian atau penjualan mata wang asing tanpa kebenaran boleh melaporkan perkara tersebut kepada BNM melalui bnm.gov.my/BNMLINK atau menghubungi 1300-88-5465.

-- BERNAMA