BERITA TERKINI   Malaysia berjaya mencatat antara prestasi ekonomi terbaik di rantau ini kendatipun dunia digasak pelbagai pancaroba - PM Anwar | Tindakan kerajaan menangani krisis Asia Barat dan reformasi Ekonomi MADANI memperkukuh daya tahan ekonomi negara - PM Anwar | Langkah proaktif Kerajaan MADANI bantu Malaysia kekalkan pertumbuhan KDNK yang kukuh meskipun berdepan ketidaktentuan luaran - PM Anwar | Malaysia tidak terlalu bergantung pada satu sektor sahaja seperti AI berikutan struktur ekonominya yang pelbagai – Gabenor BNM | Impak langkah kawalan cip terbaharu AS masih belum dapat dipastikan - Gabenor BNM | 

Kerajaan Sedia Kaji Pengecualian Penuh Cukai Jualan Kenderaan Komersial Elektrik - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan bersedia mengkaji cadangan pemberian pengecualian penuh cukai jualan secara berfasa bagi prime mover elektrik dan kenderaan komersial elektrik lain, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Beliau berkata kerajaan turut menyambut baik cadangan penyelarasan penamatan penggunaan diesel bersubsidi, bagaimanapun ia perlu diteliti dengan mengambil kira faktor lain termasuk kos tenaga elektrik dan kemudahan pengecasan.

“Layanan cukai adalah salah satu instrumen dasar fiskal yang boleh membantu meringankan beban kewangan dan dalam pada masa sama merangsang pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan sosial.

Ad Banner
Ad Banner

“Sehubungan itu, kerajaan bersedia mengkaji cadangan ini bersama Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri bagi memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai,” katanya pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) yang meminta kerajaan memperjelas dan memperluas pengecualian cukai jualan bagi prime mover (kepala lori) menggunakan tenaga elektrik serta kenderaan elektrik lain untuk kegunaan komersial.

Liew berkata pada masa ini, tiada pengecualian cukai jualan diberikan bagi prime mover elektrik dan kenderaan komersial elektrik lain.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, Belanjawan 2027 telah menyediakan insentif Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA), membolehkan syarikat membeli kenderaan elektrik menuntut Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal yang layak.

Kenderaan berkenaan termasuk bas, van, kenderaan pelbagai guna (MPV) panel, traktor terminal, forklift, lori atau trak ringan serta kenderaan berat termasuk prime mover.

“Elaun ini boleh ditolak sehingga 70 peratus daripada pendapatan berkanun,” katanya.

-- BERNAMA