BERITA TERKINI   Malaysia berjaya mencatat antara prestasi ekonomi terbaik di rantau ini kendatipun dunia digasak pelbagai pancaroba - PM Anwar | Tindakan kerajaan menangani krisis Asia Barat dan reformasi Ekonomi MADANI memperkukuh daya tahan ekonomi negara - PM Anwar | Langkah proaktif Kerajaan MADANI bantu Malaysia kekalkan pertumbuhan KDNK yang kukuh meskipun berdepan ketidaktentuan luaran - PM Anwar | Malaysia tidak terlalu bergantung pada satu sektor sahaja seperti AI berikutan struktur ekonominya yang pelbagai – Gabenor BNM | Impak langkah kawalan cip terbaharu AS masih belum dapat dipastikan - Gabenor BNM | 

Anwar, John Lee Bincang Kerjasama Perdagangan Digital, Pelaburan Dan Pasaran Modal

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee Ka-Chiu, di sini, hari ini, bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam perdagangan digital, pelaburan dan pasaran modal.

Pertemuan itu berlangsung bersempena dengan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2026.

Ad Banner
Ad Banner

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata beliau turut mengalu-alukan pembukaan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong di Kuala Lumpur, yang dijangka dapat membantu memperluas akses pasaran bagi produk halal Malaysia.

“Saya juga menegaskan semula dukungan Malaysia terhadap Hong Kong dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP),” kata beliau. 

Anwar berkata John Lee turut mengulangi jemputan kepada beliau untuk mengadakan lawatan ke Hong Kong bagi meneruskan usaha mempererat hubungan dan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA