BERITA TERKINI   JPN Perak sahkan pelajar Tingkatan 3 ditemui maut di sebuah sekolah, arah sekolah beri kerjasama penuh kepada polis | Projek tenaga boleh baharu yang dirancang menerusi program LSS dan CRESS dijangka menambah sekitar 10,000 hingga 11,000 MW kapasiti menjelang 2030 -- PETRA | PETRA, Suruhanjaya Tenaga teliti cadangan pelarasan bahan api automatik berperingkat bagi 2027, pastikan agihan kos bahan api lebih saksama | Penggunaan air bagi pusat data di Selangor, Johor dan Negeri Sembilan diunjur mencecah 445.04 juta liter sehari menjelang 2030 --PETRA | Margin rizab elektrik bagi tempoh 2027 hingga 2035 diunjurkan pada paras 24 hingga 27 peratus berdasarkan mesyuarat JPPPET pada 11 November lepas -- PETRA. | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Sejajar Dengan COMEX

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, sejajar dengan kelemahan di Bursa Komoditi AS (COMEX) selepas pasaran menyesuaikan diri dengan jangkaan prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih agresif.

"Pengukuhan dalam data ekonomi AS baru-baru ini telah meningkatkan jangkaan pengetatan Rizab Persekutuan (Fed) selanjutnya, dengan harga pasaran menokok sebanyak 75 mata asas kenaikan tambahan. Ini menyebabkan dolar US menguat dan melonjakkan kos lepas untuk memegang jongkong yang tidak mendatangkan hasil,” kata rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner

Faktor lain yang mempengaruhi emas ialah penjualan besar-besaran saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang lebih meluas, yang menyebabkan pelabur menjual emas dan aset lain yang mudah diniagakan bagi mendapatkan tunai dan menampung kerugian. "Dalam keadaan seperti ini, daya tarikan tradisional emas jatuh di belakang keperluan mudah tunai. Antara dolar AS dan kadar fed yang lebih kukuh serta jualan paksa yang merebak daripada pasaran ekuiti, ruang untuk emas bergerak adalah amat terhad," katanya.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta November 2026 susut kepada US$3,782.9 setiap auns troy daripada US$3,868.6, Disember 2026 turun kepada US$3,798.1 daripada US$3,883.5 dan Januari 2027 merosot kepada US$3,799.20 daripada US$3,884.6.

Kontrak Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 jatuh kepada US$3,827.1 setiap auns troy daripada US$3,912.5.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan melonjak kepada 229 lot berbanding 64 lot yang dicatatkan pada penutup Selasa, manakala kepentingan terbuka bertambah baik kepada 299 kontrak daripada 124 kontrak.

Berdasarkan penetapan tengah hari 17 Nov di London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$3,858.10 setiap auns troy.

-- BERNAMA