BERITA TERKINI   JPN Perak sahkan pelajar Tingkatan 3 ditemui maut di sebuah sekolah, arah sekolah beri kerjasama penuh kepada polis | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Harga Minyak Mentah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, susulan tekanan daripada harga minyak mentah yang lebih rendah, sekali gus menjejaskan prospek permintaan biodiesel, kata seorang pedagang.

Pedagang proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata kebimbangan terhadap paras inventori MSM Malaysia yang tinggi turut menambah tekanan kepada pasaran.

Ad Banner
Ad Banner

“Kami melihat paras sokongan segera sekitar RM4,300 setan dan paras rintangan pada RM4,450, dengan hala tuju pasaran kekal sensitif terhadap pergerakan harga minyak mentah dan minyak sayuran lain yang bersaing,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta Disember 2026 susut RM38 kepada RM4,186 setan metrik, kontrak Januari 2027 merosot RM47 kepada RM4,301 setan metrik manakala kontrak Februari 2027 turun RM50 kepada RM4,386 setan metrik.

Kontrak Mac 2027 dan April 2027 masing-masing merosot RM53 kepada RM4,466 dan RM4,537 setan metrik, manakala kontrak Mei 2027 susut RM49 kepada RM4,582 setan metrik.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan berkurangan kepada 122,464 lot daripada 136,280 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 341,407 kontrak daripada 343,322 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi November Selatan susut RM40 kepada RM4,190 setan metrik.

-- BERNAMA