Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat, seiring dengan prestasi pasaran tunai.
Pada akhir urus niaga, kontrak bulan semasa November 2026 menokok 8.50 mata kepada 1,592 mata, Disember 2026 meraih 18 mata kepada 1,596.5 mata, Mac 2027 naik 17.5 mata kepada 1,578.5 mata manakala Jun 2027 menambah 24 mata kepada 1,575.0 mata.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 44,100 lot daripada 75,629 lot semalam manakala kepentingan terbuka susut kepada 89,697 kontrak daripada 120,637 kontrak, sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 18.26 mata ke paras 1,589.24 berbanding 1,570.98 mata pada akhir urus niaga semalam.
-- BERNAMA