BERITA TERKINI   Fasa pertama kerja mendirikan menara sementara Emergency Restoration System (ERS) di Ranau selesai 6.28 petang - Sabah Electricity | Bantuan wang ihsan RM500 diberikan secara sekali bayar kepada 1,205 petani dan 2,440 nelayan Perlis - MB Abu Bakar | Tahap pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara capai 84 peratus - Ahmad Zahid | Bantuan Khas Kewangan RM1,500 diberikan kepada penjawat awam Perlis termasuk kakitangan kontrak - MB Abu Bakar | Bantuan khas RM300 diberikan kepada setiap pengamal media Perlis libatkan seramai 40 orang - MB Abu Bakar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki kenaikan di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak November 2026 meningkat kepada US$3,678.8 setiap auns troy daripada US$3,571.5 pada Khamis, manakala Disember 2026 naik kepada US$3,693.4 daripada US$3,586.1.

Kontrak Januari 2027 turut meningkat kepada US$3,694.5 daripada US$3,587.2, manakala kontrak Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 masing-masing naik kepada US$3,722.4 setiap auns troy daripada US$3,615.1 sebelumnya.

Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 160 lot daripada 87 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 193 kontrak berbanding 130 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$3,578.90 setiap auns troy berdasarkan penetapan harga London Bullion Market Association (LBMA) pada 26 Nov, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner