BERITA TERKINI   Fasa pertama kerja mendirikan menara sementara Emergency Restoration System (ERS) di Ranau selesai 6.28 petang - Sabah Electricity | Bantuan wang ihsan RM500 diberikan secara sekali bayar kepada 1,205 petani dan 2,440 nelayan Perlis - MB Abu Bakar | Tahap pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara capai 84 peratus - Ahmad Zahid | Bantuan Khas Kewangan RM1,500 diberikan kepada penjawat awam Perlis termasuk kakitangan kontrak - MB Abu Bakar | Bantuan khas RM300 diberikan kepada setiap pengamal media Perlis libatkan seramai 40 orang - MB Abu Bakar | 

Allianz Malaysia Catat Untung Bersih Suku Ketiga Lebih Rendah Sebanyak RM195.89 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd (Allianz Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah iaitu sebanyak RM195.89 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 September 2026, berbanding RM234.17 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu menyatakan bahawa perolehan meningkat kepada RM1.64 bilion daripada RM1.58 bilion setahun sebelumnya, didorong oleh hasil yang lebih tinggi daripada segmen insurans am dan insurans hayatnya.

“Segmen insurans am merekodkan hasil sebanyak RM952.8 juta, iaitu meningkat 4.5 peratus atau RM40.9 juta daripada RM911.9 juta pada suku yang sama tahun lepas, terutamanya disebabkan oleh premium perolehan kasar yang lebih tinggi daripada perniagaan kenderaannya.

Ad Banner

“Segmen insurans hayat mencatatkan perolehan sebanyak RM685.4 juta, meningkat 1.9 peratus atau RM12.9 juta daripada RM672.5 juta pada suku yang sama tahun lepas, yang sebahagian besarnya disokong oleh hasil insurans yang lebih tinggi daripada perniagaan manfaat pekerja dan produk simpanan,” menurut syarikat itu.

Menurut Allianz Malaysia, ia akan menumpukan kepada usaha mengekalkan momentum pertumbuhannya menerusi pelaksanaan strategi yang berpusatkan pelanggan secara berdisiplin, dengan tumpuan berterusan terhadap pertumbuhan yang menguntungkan.

“Keutamaan utama termasuk memperkukuh lagi keupayaan pengedaran pelbagai saluran dan meningkatkan keupayaan digital bagi merebut peluang pertumbuhan serta memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan.

Ad Banner
Ad Banner

“Kumpulan ini juga akan terus memanfaatkan data dan menambahbaik proses bagi meningkatkan kecekapan operasi dan memperbaiki pengalaman pelanggan,” katanya.

-- BERNAMA