BERITA TERKINI   Fasa pertama kerja mendirikan menara sementara Emergency Restoration System (ERS) di Ranau selesai 6.28 petang - Sabah Electricity | Bantuan wang ihsan RM500 diberikan secara sekali bayar kepada 1,205 petani dan 2,440 nelayan Perlis - MB Abu Bakar | Tahap pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara capai 84 peratus - Ahmad Zahid | Bantuan Khas Kewangan RM1,500 diberikan kepada penjawat awam Perlis termasuk kakitangan kontrak - MB Abu Bakar | Bantuan khas RM300 diberikan kepada setiap pengamal media Perlis libatkan seramai 40 orang - MB Abu Bakar | 

Keuntungan Bersih Malakoff Corporation Susut Pada Suku Ketiga Akibat Kegagalan Rotor

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Malakoff Corporation Bhd susut kepada RM27.75 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2026, berbanding RM28.21 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Syarikat penjanaan tenaga dan penyelesaian alam sekitar itu memaklumkan bahawa penurunan ini sebahagian besarnya berpunca daripada sumbangan lebih rendah daripada Tanjung Bin Power Sdn Bhd (TBP) susulan kegagalan rotor penjana turbin stim di Unit 30 serta kesan daripada pelarasan semula peruntukan nilai boleh realisasi bersih bagi inventori arang batu direalisasikan pada suku ketiga 2025.

Bagaimanapun, hasil meningkat kepada RM2.26 bilion pada S3 2026 daripada RM1.69 bilion sebelumnya.

Ad Banner

Menurut kenyataan kumpulan itu, peningkatan ini didorong oleh bayaran tenaga lebih tinggi daripada Tanjung Bin Energy Sdn Bhd dan TBP yang mengendalikan loji janakuasa arang batu syarikat tersebut di Johor berikutan harga arang batu yang lebih tinggi.

“Kumpulan ini juga mencatatkan bayaran tenaga lebih tinggi daripada Segari Energy Ventures Sdn Bhd, yang mengendalikan loji janakuasa gas di Perak. Ini didorong oleh faktor penghantaran lebih tinggi susulan peningkatan dalam penjanaan elektrik sebagaimana diarahkan oleh pengendali sistem grid,” menurut kenyataan itu.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2026, Malakoff mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM79.58 juta berbanding RM125.02 juta dalam tempoh sama tahun lalu, manakala hasil merosot kepada RM5.54 bilion daripada RM5.73 bilion sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner

Mengulas mengenai prestasi tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Syahrunizam Samsudin berkata pemulihan Unit 30 merupakan keutamaan utama kumpulan itu tahun ini.

“Walaupun gangguan sebelum ini masih memberi kesan kepada keuntungan suku ini, kami melangkah ke suku terakhir tahun ini dengan kedudukan lebih kukuh,” katanya.

-- BERNAMA