Terdapat 69 berita berdasarkan kata kunci carian " indonesia"

APEC Utamakan Kerjasama Pelbagai Hala Menjelang Pertemuan Pemimpin AS, China Dan Rusia

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pertemuan tiga hala yang dijangka melibatkan pemimpin Amerika Syarikat (AS), China dan Rusia tidak seharusnya mengalihkan perhatian daripada kerjasama pelbagai hala yang lebih luas menerusi platform Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), kata seorang pegawai APEC.

Indonesia Harap AirBorneo Tambah Kekerapan Laluan Jakarta-Kuching, Kesalinghubungan Lebih Meluas

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 14 Nov (Bernama) -- Indonesia berharap AirBorneo Airways, milik kerajaan negeri Sarawak, akan meningkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching kepada perkhidmatan harian serta meluaskan hubungan ke destinasi lain di negara itu.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Alami Aktiviti Pengambilan Untung Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami aktiviti pengambilan untung minggu minggu depan dalam persekitaran paras stok yang tinggi, kata seorang peniaga.

Ringgit Dijangka Rendah Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS minggu depan berikutan mata wang negara maju itu terus menerima sokongan kukuh susulan jangkaan kenaikan kadar faedah yang selanjutnya oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh jangkaan peningkatan harga dikongsi oleh penganalisis terkemuka pada persidangan minyak sawit di Indonesia minggu ini, kata seorang peniaga.

Ringgit Ditutup Kebanyakannya Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain namun menyusut berbanding dolar AS pada Jumaat, apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meneruskan momentum meningkatnya disokong oleh prospek kadar faedah AS yang lebih tinggi.

Empat Bank Pusat ASEAN Meterai MoU Mengenai Rangka Kerja Transaksi Mata Wang Tempatan

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Indonesia (BI), Bank of Thailand (BOT) dan Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama di bawah Rangka Kerja Transaksi Mata Wang Tempatan (LCT).

Peletakan Jawatan Gibran: Indonesia Berdepan Tekanan Baharu Bagi Kekalkan Keyakinan Pelabur - Penganalisis

JAKARTA, 13 Nov (Bernama) -- Indonesia berdepan tekanan baharu untuk mengekalkan keyakinan pelabur dan kestabilan ekonomi susulan peletakan jawatan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka, dengan kredibiliti penggantinya dijangka memainkan peranan penting dalam membentuk sentimen pasaran.

Ringgit Meningkat Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi menurun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal pada Jumaat berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS pada Disember.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis disokong disebabkan oleh aktiviti belian semasa harga murah serta kenaikan dalam kontrak niaga hadapan minyak sayuran yang berkaitan, kata seorang peniaga.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama dan ASEAN pada Khamis, namun susut berbanding dolar AS berikutan jangkaan yang semakin meningkat terhadap kenaikan kadar faedah secara agresif oleh Amerika Syarikat (AS) telah mendorong permintaan terhadap unit negara maju.

Ringgit Dibuka Berubah Sedikit Berbanding Dolar AS, Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka berubah sedikit berbanding dolar AS pada Khamis berikutan pelabur menilai data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang terkini dan implikasinya terhadap prospek kadar faedah.