8jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berjaya memulangkan RM1.98 juta kepada 239 pelabur sepanjang 2025 menerusi tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran undang-undang pasaran modal.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pasaran saham Malaysia kekal stabil ketika ini, disokong oleh dasar kerajaan yang telus serta polisi yang kondusif bagi menggalakkan kemasukan dana asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kesaksamaan, kepercayaan dan ketelusan adalah kunci untuk mendapatkan penerimaan rakyat terhadap pembaharuan fiskal yang sukar, termasuk rasionalisasi subsidi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Dana Impak Khazanah Nasional Bhd telah menggerakkan pelaburan berjumlah RM2.6 bilion setakat 31 Disember, 2025, menyokong kira-kira 130 syarikat Malaysia dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia, serta lebih daripada 4,200 bakat.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jumaat ini, jam 3.30 petang.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pertemuan antara Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjadi ruang untuk mendapatkan pandangan mengenai keutamaan TERAJU dalam mengetengahkan perkembangan pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan adunan biodiesel B15 berjaya menjimatkan secara purata 23.62 juta liter diesel berasaskan petroleum sebulan bagi tempoh Jun hingga Ogos.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Malaysia menyasarkan enam daripada 10 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mencapai penanda aras Simpanan Asas sebanyak RM390,000 pada usia 60 tahun menjelang 2030 berdasarkan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sedang giat meningkatkan peranan dalam membangunkan ekonomi domestik, didorong oleh tambahan RM120 bilion di bawah inisiatif GEAR-uP bagi tempoh 2024-2028.
9hari ago
ROMPIN, 28 Sept (Bernama) -- Usahawan yang beroperasi di Pulau Tioman berharap Belanjawan 2027 dapat memperkukuh ekonomi dan industri pelancongan di pulau berkenaan menerusi penambahbaikan akses pengangkutan dan infrastruktur asas bagi menyokong pertumbuhan industri setempat.
11hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Sebagai teras sistem elektrik Semenanjung Malaysia, Tenaga Nasional Bhd (TNB) memainkan peranan yang melangkaui fungsi sebuah syarikat komersial biasa, apabila tarif, perbelanjaan dan pulangannya tertakluk kepada kerangka kawal selia, selain bertanggungjawab menyelenggara infrastruktur bekalan elektrik yang kritikal.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- PMB Investment Bhd hari ini mengumumkan agihan pendapatan empat sen seunit untuk PMB Shariah Premier Fund dan 3.20 sen seunit bagi PMB Shariah Equity Fund masing-masing bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2026 dan 30 Ogos 2026.