8jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Sektor besi dan keluli merupakan antara sektor yang kerap menghadapi tekanan daripada lambakan import barangan perantara, dengan lapan daripada sembilan langkah anti-lambakan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia melibatkan produk dalam sektor berkenaan.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan pemberian potongan cukai pendapatan ke atas perbelanjaan penerbitan Sukuk Prisma yang diluluskan atau dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau diserah simpan dengan SC bagi tahun taksiran 2027 hingga 2030.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan agar galakan cukai bagi Pelabur Mangkin (Angel Investor) dilanjutkan empat tahun lagi untuk terus menarik minat pelabur bagi menyediakan pendanaan modal kepada syarikat pemula niaga teknologi.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Sektor korporat Malaysia harus menggunakan peluang dalam Belanjawan 2027 untuk meningkatkan pelaburan, menambah baik produktiviti dan membina perniagaan yang lebih mampan serta berdaya saing di peringkat antarabangsa, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY).
12jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan peremitan duti setem bagi perjanjian pinjaman atau pembiayaan di bawah Skim CAKNA dilanjutkan dan diperkenalkan semula.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memperkenalkan Zakat Perniagaan Simpanan Syariah, satu kemudahan baharu yang membolehkan ahli beragama Islam memenuhi kewajipan zakat ke atas simpanan Simpanan Syariah mereka dengan mudah.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) diberi mandat oleh kerajaan untuk melaksanakan inisiatif strategik melebihi RM7 bilion merentasi tujuh sektor keutamaan di bawah Belanjawan 2027.
18jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Saham Genting Bhd mencecah had penurunan maksimum pada Isnin, mendorong Bursa Malaysia menggantung aktiviti jualan singkat harian (IDSS) saham itu sepanjang hari ini.
1hari ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Langkah pelepasan cukai individu dalam Belanjawan 2027 dijangka membantu meringankan tekanan kewangan kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) manakala insentif bersasar untuk perniagaan dan pelabur berpotensi menyokong pertumbuhan pelaburan, menurut PwC Malaysia.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kenaikan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3.30 sekilogram yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2027 dilihat dapat membantu menampung sebahagian kos pengeluaran dan memberikan sokongan tambahan kepada pendapatan pekebun kecil.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM270 juta menerusi Belanjawan 2027 bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat bersaiz sederhana serta perusahaan sosial mendapatkan modal swasta akan mengurangkan kos pembiayaan serta halangan mendapatkan modal.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 akan terus memperkukuh daya saing jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan meletakkan rakyat sebagai tumpuan utama melalui usaha meringankan beban kos sara hidup, meningkatkan gaji dan memperluas peluang.