2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Apex Securities Bhd menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan datang pada November ini.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dijangka menyerap kos tambahan RM120 juta hingga RM150 juta bagi tempoh September hingga Disember 2026 berikutan pengecualian kerajaan yang diperluas untuk pengguna kediaman daripada mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), caj runcit serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kenaikan harga arang batu sehingga mencecah US$148 setan pada 10 Sept 2026 memberi kesan langsung kepada kos penjanaan elektrik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menyediakan antara RM120 juta hingga RM150 juta bagi menyokong langkah perlindungan berkaitan bil elektrik bagi tempoh September hingga Disember 2026, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shamsul Ahmad.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Satu mesyuarat khas akan diadakan esok bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi meneliti langkah mitigasi segera untuk mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah yang terlibat.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Pengguna elektrik menerima rebat berjumlah RM3.1 bilion sejak mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) diperkenalkan pada 1 Julai, 2025 berbanding surcaj RM800 juta yang dikenakan dalam tempoh sama, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Anak syarikat tidak langsung milik 60 peratus GFM Services Bhd, Shapadu CR Asia Sdn Bhd (SCRA), menerima perintah pelepasan (RO) yang disemak semula daripada Pengerang Refining Company Sdn Bhd, dengan nilai anggaran meningkat 56 peratus kepada RM104.2 juta.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pasaran harta tanah kekal berdaya tahan dengan 187,320 transaksi bernilai RM105.12 bilion pada separuh pertama 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Techna-X Bhd kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Tinjauan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, disokong oleh aktiviti pembuatan yang kukuh, pelaburan infrastruktur yang mampan dan pembangunan pusat data yang berkembang pesat, menurut S&P Global Ratings.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Beberapa penerbangan AirAsia ke dan dari Jakarta telah dibatalkan atau dijadualkan semula susulan letusan berterusan gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda, Indonesia, ia menghasilkan awan abu yang banyak.