2jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus mengambil tindakan perundangan dan memperkukuh kerjasama antarabangsa untuk memaksimumkan pemulihan baki aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diseleweng, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
5jam ago
GEORGE TOWN, 7 Okt (Bernama) -- AmBank Group memperkukuh komitmennya terhadap segmen pelanggan berkemampuan tinggi dan pengurusan kekayaan dengan melancarkan cawangan utama Kelawei, yang menghimpunkan AmBank Signature Priority Banking (AmSPB) dan AmPrivate Banking.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Persatuan Syarikat Penghantaran Ekspress Malaysia (AMEC) menyeru kerajaan supaya mengiktiraf industri kurier sebagai infrastruktur penting kepada ekonomi digital dan ketahanan negara serta menyokong pembangunan berterusannya melalui Belanjawan 2027.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- ASEAN School of Regulation (ASR) (Sekolah Pengawalseliaan ASEAN) telah dilancarkan secara rasmi pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-44, menandakan satu langkah penting ke arah memperkukuh keupayaan kawal selia dan kerjasama serantau bagi menyokong peralihan tenaga serta sistem kuasa (tenaga elektrik) saling berhubung di ASEAN.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mencatat satu lagi perkembangan positif dalam persediaan menuju pengoperasian ECRL apabila dua Jawatankuasa Lembaga Pengarah MRL mengadakan mesyuarat masing-masing dalam Comprehensive Inspection Train (CIT) ECRL bagi menilai prestasi perjalanan tren.
11jam ago
GEORGE TOWN, 7 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang berharap Belanjawan 2027 membawa berita baik mengenai cadangan penubuhan Penang Technology Financial Centre (PTFC) bersama Kerajaan Persekutuan bagi memperkukuh ekosistem teknologi di negeri itu.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia akan terus memperkukuh pasaran minyak sawit sedia ada dan meninjau peluang di Afrika, ASEAN, Timur Tengah dan rantau lain.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Seramai 21,391 bakat telah dilatih dalam bidang semikonduktor sehingga Jun 2026 melalui pelbagai program pembangunan bakat yang dilaksanakan oleh institusi pendidikan tinggi dan penyedia latihan teknikal, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Top Glove menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran operasinya kepada 78 bilion keping sarung tangan setahun menjelang akhir tahun kewangan 2027, tertakluk kepada keperluan operasi dan ketersediaan sumber.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Simposium Literasi Kewangan Kebangsaan 2026 (NFLS 2026) berusaha memperkukuh kesejahteraan kewangan orang ramai menerusi pendidikan kewangan bersasar yang disesuaikan dengan keperluan kumpulan tertentu.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menggesa penggiat industri sawit mempercepat penggunaan teknologi bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi dan penghasilan produk bernilai tinggi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- MISC Group telah menyewa kapal pembawa gas asli cecair (LNG) generasi baharunya, Th'ailib, kepada QatarEnergy untuk selama 15 tahun mulai tahun ini.