BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | 

Terdapat 193 berita berdasarkan kata kunci carian " persekutuan"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi apabila jangkaan penurunan kenaikan kadar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat telah meningkatkan permintaan terhadap logam berharga itu. 

Ringgit Kekal Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) --  Ringgit kekal ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini apabila angka pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah menjejaskan prestasi dolar AS.

Ringgit Diunjur Stabil Menjelang Akhir Ogos – Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan ringgit akan stabil menjelang akhir Ogos susulan dolar AS menyusut semula selepas mengukuh sebelum ini berikutan Rizab Persekutuan AS (Fed) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat Julainya.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan data jumlah pekerjaan dalam sektor bukan pertanian (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang lemah.

Ringgit Dijangka Kekal Dalam Jajaran 4.07-4.09 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan, diniagakan antara paras RM4.07 dan RM4.09 apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati terhadap hala tuju kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dijangka Cenderung Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatat dagangan dengan kecenderungan meningkat minggu depan berikutan pelabur terus menilai perkembangan geopolitik luaran dan keadaan ekonomi domestik yang berdaya tahan, menurut penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Data Pasaran Buruh AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat apabila pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data utama pasaran buruh Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan Emas Mengukuh Menjelang Pengumuman Data NFP AS

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus mengukuh menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) bulan Julai Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini, yang akan mempengaruhi jangkaan kenaikan kadar Rizab Persekutuan untuk September, kata penganalisis.

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$132.1 Bilion Pada 31 Julai

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$132.1 bilion pada 31 Julai 2026 daripada US$131.8 bilion yang dicatatkan semasa 15 Julai lepas.

Niaga Hadapan Emas Terus Meningkat Susulan Dolar AS Yang Lebih Lemah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan peningkatan hari ini, berdasarkan kenaikan mendadak pada sesi sebelumnya, apabila dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah menyokong permintaan bagi logam berharga itu. 

Ringgit Ditutup Kekal Mengukuh Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Data Gaji

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan kekal mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) walaupun momentumnya dikekang peningkatan dolar AS ketika pelabur berhati-hati menjelang pengumuman data gaji bukan perladangan (NFP) yang menjadi tumpuan pelabur, kata penganalisis.