33minit ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, diasak tekanan jualan sederhana yang berselang-seli dengan aktiviti pembelian ketika lonjakan harga minyak dan hasil bon global menjejaskan sentimen pelabur, kata penganalisis.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkemungkinan tumbuh purata 5.7 peratus pada 2026 yang melangkaui unjuran rasmi, dipacu oleh sektor pembuatan, pembinaan dan pelaburan, kata dua ahli ekonomi.
1jam ago
KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia akan menguruskan eksport aset karbonnya secara bertanggungjawab dengan mewujudkan senarai putih kelayakan dan menetapkan had jualan yang dinamik, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.
1jam ago
Daripada Harlina Samson
HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia meraih potensi pelaburan bernilai lebih RM28 bilion hasil daripada perbincangan perniagaan dan pertemuan dengan syarikat industri China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2jam ago
HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan bahawa kepercayaan yang telah lama terbina serta keyakinan bersama menjadi asas kepada hubungan dua hala Malaysia-China, sambil menyifatkan kerjasama itu melangkaui hubungan diplomatik tradisional.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pelabuhan-pelabuhan Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menerajui peralihan negara ke arah operasi pelabuhan yang lebih hijau, memandangkan peranan strategik mereka dalam menghubungkan industri domestik ke pasaran global dan mengukuhkan hubungan perdagangan ASEAN dengan rakan perdagangan utama, termasuk China.
3jam ago
Daripada Harlina Samson
HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia akan terus terbuka kepada pelaburan serta kerjasama China dalam bidang teknologi digital yang mampu membawa pelbagai manfaat bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Permintaan daripada pelanggan dan industri yang terus meningkat menyebabkan penjanaan tenaga yang lebih bersih perlu berkembang seiring dengan grid yang pintar dan cekap, kata Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga Tenaga Nasional Bhd (TNB) Dr Mohd Fadzil Mohd Siam.
4jam ago
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Isu pendapatan dan gaji rakyat perlu terus diberi keutamaan dalam merangka Belanjawan 2027, seiring dengan usaha kerajaan bagi memperkukuh keupayaan syarikat tempatan dalam industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).
5jam ago
HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai peranan China dalam membantu Malaysia dan negara lain memacu teknologi baharu.
5jam ago
HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pendekatan berteraskan etika terhadap kecerdasan buatan (AI) serta rejim perdagangan digital yang lebih terbuka dan berasaskan peraturan untuk memastikan negara-negara membangun turut meraih manfaat daripada kemajuan teknologi.
5jam ago
KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Sabah kekal sebagai pengeluar minyak sawit mentah (MSM) kedua terbesar pada tahun lalu dengan menyumbang hampir 24 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran di Malaysia.