5hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Northern Solar Holdings Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Northern Solar Sdn Bhd memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM34 juta bagi pembangunan loji fotovoltaik solar berskala besar berkapasiti 9.50-megawatt (MW).
5hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu, sejajar dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan bekalan getah yang lebih terhad.
5hari ago
Oleh Christine Lim
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Umios Corporation, antara syarikat perikanan dan makanan terbesar di dunia, berhasrat mengembangkan operasinya di Malaysia menerusi pelaburan baharu yang akan melonjakkan perniagaan dalam segmen makanan untuk manusia serta haiwan peliharaan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mencatat satu lagi perkembangan positif dalam persediaan menuju pengoperasian ECRL apabila dua Jawatankuasa Lembaga Pengarah MRL mengadakan mesyuarat masing-masing dalam Comprehensive Inspection Train (CIT) ECRL bagi menilai prestasi perjalanan tren.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trend menurun pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau dalam persekitaran tekanan jualan yang berterusan dan harga minyak yang tinggi.
5hari ago
GEORGE TOWN, 7 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang berharap Belanjawan 2027 membawa berita baik mengenai cadangan penubuhan Penang Technology Financial Centre (PTFC) bersama Kerajaan Persekutuan bagi memperkukuh ekosistem teknologi di negeri itu.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia akan terus memperkukuh pasaran minyak sawit sedia ada dan meninjau peluang di Afrika, ASEAN, Timur Tengah dan rantau lain.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Seramai 164,435 pembayar cukai dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah memilih untuk melaksanakan e-Invois secara sukarela walaupun kini dikecualikan daripada pelaksanaan sistem itu.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Cadangan menggabungkan elemen Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bertujuan memastikan tiada kesan cukai berlapis (cascading) dalam sistem percukaian negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kutipan hasil cukai negara meningkat sembilan peratus kepada RM129.6 bilion pada separuh pertama 2026 berbanding RM119.1 bilion dalam tempoh sama pada tahun lepas.
5hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum menurun kemudiannya, didorong oleh aktiviti jualan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, diterajui sektor perkhidmatan kewangan serta produk dan perkhidmatan perindustrian.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu, dengan mata wang tempatan masih diniagakan dalam jajaran kecil didorong oleh petunjuk bercampur-campur daripada pasaran global.