14hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 22 Sept (Bernama) -- Keadaan kewangan Singapura secara keseluruhannya kekal berdaya tahan meskipun persekitaran global tidak menentu, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Syarikat-syarikat dari Malaysia digalakkan untuk mempertimbangkan Dubai sebagai pintu masuk ke pasaran di seluruh Timur Tengah, Afrika dan Eropah, disokong oleh lokasi strategik emiriah tersebut, infrastruktur logistik serta dasar yang mesra perniagaan, menurut Dewan Perniagaan Dubai (Dubai Chambers).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Langkah pemuktamadan Kerangka Pembasmian Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dapat memberi kejelasan berhubung pelaksanaannya menjelang tarikh penguatkuasaan pada akhir Disember 2026.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif pada tengah hari, disokong minat belian terhadap beberapa kaunter wajaran tinggi terpilih, didahului saham perbankan dan penjagaan kesihatan.
14hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa disokong aktiviti pembelian ketika harga rendah susulan ketegangan di Asia Barat yang semakin reda, sekali gus meningkatkan sentimen dan menurunkan harga minyak mentah Brent.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama pada Selasa, disokong sentimen pasaran yang bertambah baik susulan penurunan harga minyak global serta perkembangan geopolitik.
15hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham mewah terpilih selepas kebimbangan berkaitan krisis Asia Barat mereda di tengah-tengah penurunan harga minyak.
15hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin dalam keadaan sentimen pasaran bertambah baik berikutan harga minyak menyusut susulan perkembangan terkini yang menawarkan momentum baharu kepada rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 seharusnya mengekalkan dasar perbelanjaan yang menyokong pertumbuhan selain mengekalkan konsolidasi fiskal secara bertahap, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan getah Malaysia dijangka menaikkan harga sebanyak US$2.00-US$2.50 setiap karton pada Oktober, dengan satu lagi kenaikan dijangka pada November jika kos lateks nitril terus meningkat, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pemegang unit AmFIRST Real Estate Investment Trust (AmFIRST REIT) hari ini meluluskan cadangan penjualan Menara AmBank bernilai RM331 juta.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pelaburan pusat data dijangka menjadi pemacu pertumbuhan baharu bagi Tenaga Nasional Bhd (TNB), dengan permintaan elektrik daripada sektor itu diunjurkan melebihi 8,000 megawatt (MW) menjelang 2035, bersamaan 30 peratus daripada keseluruhan kapasiti penjanaan elektrik Malaysia.