1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan prestasi ekonomi Malaysia akan terus kukuh pada separuh kedua 2026, disokong langkah intervensi kerajaan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya tahan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kerajaan telah menanggung subsidi gas petroleum cecair (LPG) hampir RM1.25 bilion untuk tempoh Januari sehingga Mei 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM93.58 juta pada suku ketiga berakhir 30 Jun 2026 (S3 TK2026) berbanding RM84.82 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, disebabkan oleh perbelanjaan cukai yang lebih rendah pada suku tersebut.
1bulan ago
BATU PAHAT, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan dilancarkan secara rasmi sempena Pemukiman Pemimpin-Pemimpin pada Disember ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Harga gas asli cecair (LNG) di Asia dijangka terus menurun untuk berapa bulan akan datang tahun ini jika rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran mencapai kemajuan positif, menurut Rystad Energy.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Jumaat berikutan kenaikan di Wall Street, didorong oleh pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan lonjakan dalam saham cip, diimbangi oleh kebimbangan geopolitik yang berpanjangan.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian, disokong oleh minat belian berterusan berikutan ketegangan geopolitik terbaharu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 meningkat kepada RM71.77 juta daripada RM57.05 juta bagi suku yang sama tahun kewangan 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Malaysia terus menjadi destinasi pilihan syarikat asing berikutan kedudukannya yang strategik dan neutral dalam landskap geopolitik global serta akses kepada pelbagai pasaran, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ekoran ketegangan geopolitik yang kembali memuncak serta keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) untuk mengekalkan kadar faedah terus menjejaskan sentimen pasaran.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Malaysia meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Rabu disokong pembelian terpilih bagi saham bersifat defensif selepas sesi dagangan yang tidak menentu.
1bulan ago
PETALING JAYA, 29 Julai (Bernama) -- ASEAN memerlukan modal yang besar, berterusan dan berstruktur untuk membina ladang solar, menaik taraf grid, memasang storan bateri, dan meningkatkan kemahiran pekerja kerana kerajaan tidak mampu menanggung beban ini secara sendirian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.