Terdapat 1085 berita berdasarkan kata kunci carian "malaysia"

RCI: Jaminan Kerajaan RM88 Bilion Perlu Diaktifkan Jika TH Gagal Pelan Pemulihan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Jaminan kerajaan kepada pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang kini bernilai RM88 bilion perlu diaktifkan sekiranya TH gagal melaksanakan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH 2018, menurut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Jejaki Sentimen Lemah Wall Street

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki sentimen lemah di Wall Street selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat terbaharu Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

KLIA Bersedia Sokong F1 Kembali Ke Malaysia -- MAHB

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berada pada kedudukan terbaik untuk menampung jangkaan kemasukan pasukan, pegawai dan penonton Formula 1 (F1) susulan kembalinya sukan permotoran itu ke Malaysia pada Oktober, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

F1 Kembali Ke Malaysia Berpotensi Pacu Aktiviti Ekonomi Lebih RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain Gulf Air (GP Bahrain) di Malaysia, selaku tuan rumah, berpotensi menjadi pemangkin utama ekonomi dengan merangsang pelbagai sektor melalui perbelanjaan lebih tinggi oleh pengunjung domestik dan antarabangsa.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Fed AS Kekalkan Kadar

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disokong kelemahan dolar AS selepas Rizab Persekutuan (Fed) mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat terbaharu Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

Laporan RCI TH Syor Audit Forensik Terhadap 14 Pelaburan Bermasalah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah Kembali Meningkat Susulan Harga Minyak Mentah Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kembali meningkat untuk ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan harga minyak mentah di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini.

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit lebih rendah hari ini, menjejaki penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.

Kisah Pohon Gelam Dan Ekonomi Malaysia

Oleh M.Saraswathi 

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Simposium Sasana tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) yang berakhir hari ini bukan sahaja membawa nada yang berbeza malah juga lebih segar apabila ucapan Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour tidak seperti kelaziman.

Air Selangor Cipta Sejarah Dengan Terbitan Sukuk Biru Pertama Dunia Bernilai RM200 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berjaya menetapkan harga sukuk biru pertama di dunia dan terbitan bon/sukuk biru pertama di Malaysia, dengan nilai nominal RM200 juta.

Unit Petra Energy Lupus Dua Kapal Pada Harga RM61.31 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petra Energy Bhd, Petra Marine Sdn Bhd (PMSB) telah memeterai dua memorandum perjanjian (MoA) untuk pelupusan kapal-kapalnya pada harga kira-kira RM61.31 juta.