Terdapat 1384 berita berdasarkan kata kunci carian " 2026"

Rakuten Trade Kekalkan Sasaran FBM KLCI 1,770 Pada Akhir 2026, Belanjawan 2027 Jadi Penentu

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd mengekalkan sasaran indeks FBM KLCI iaitu penunjuk utama Bursa Malaysia bagi akhir 2026 pada 1,770, didorong oleh kebolehlihatan perolehan lebih jelas daripada perbelanjaan Malaysia ke atas sektor tenaga dan infrastruktur grid.

Jualan Borong, Runcit Malaysia Naik 9.0 Peratus, Catat RM170.5 Bilion Pada Julai 2026

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia berjumlah RM170.5 bilion pada Julai 2026, meningkat 9.0 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bank Pelaburan Kekal Posiitf Terhadap Kaunter Perladangan Didorong Kenaikan Harga Minyak Mentah

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kaunter perladangan kekal menjadi tumpuan apabila bank-bank pelaburan mengekalkan pendirian positif berikutan lonjakan harga minyak mentah Brent melebihi US$100 setong didorong oleh ketegangan yang kembali meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.

JAN Buka Kaunter Meja Bantuan, Bantu Syarikat Selesaikan e-SelfAudit Tahun 2026

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Jabatan Audit Negara (JAN) akan membuka kaunter meja bantuan di ibu pejabat dan JAN negeri bagi membantu syarikat kerajaan menyelesaikan penilaian Sistem e-SelfAudit.

Hubungan Pelaburan Malaysia-India Peroleh Momentum Dengan Peluang Pembuatan dan Tenaga Hijau

Daripada Saraswathi Muniappan

NEW DELHI, 10 Sept (Bernama) -- Hubungan pelaburan Malaysia dan India terus mendapat momentum, dengan Malaysia telah meluluskan 293 projek pembuatan dengan penyertaan India bernilai US$2.95 bilion (RM10.16 bilion) setakat Jun, 2026, kata Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke India Sharifah Ezneeda Wafa.

Paragon Globe Raih Kontrak Pusat Data Bernilai RM45.16 Juta Di Johor

KUALA LUMPUR, 10 Sept  (Bernama) -- Paragon Globe Bhd (PGB), melalui anak syarikat milik penuhnya, PGBG Construction Sdn Bhd, menerima surat lantikan (LoA) bagi menyediakan kerja-kerja tanah dan dinding penahan untuk pembangunan pusat data di Johor yang bernilai RM45.16 juta.

Niaga Hadapan MSM Rendah, Eksport Lemah Tekan Pasaran

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, tertekan oleh anggaran eksport minyak sawit yang lebih lemah walaupun harga minyak mentah meningkat.

Untung Bersih Bermaz Auto Suku Pertama Melonjak Kepada RM40.51 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd melonjak kepada RM40.51 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Julai, 2026 daripada RM8.27 juta pada suku yang sama tahun lepas, disokong oleh jumlah jualan domestik yang lebih tinggi bagi model Mazda.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Sept  (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis walaupun pasaran tunai mencatat prestasi yang lebih lemah.

PM Anwar Akan Bertemu Modi, Putin Semasa Lawatan Kerja Hadiri Sidang Kemuncak BRICS Di India

Daripada Saraswathi Muniappan

NEW DELHI, 10 Sept (Bernama) --  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari India Narendra Modi serta Presiden Rusia Vladimir Putin semasa lawatan ke negara ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18 pada hujung minggu ini di New Delhi.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Prestasi COMEX AS

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, susulan penurunan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX AS).