15hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu melaksanakan peralihan tenaga secara terancang bagi menyeimbangkan realiti semasa dengan aspirasi jangka panjang negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
15hari ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia berpotensi besar untuk mengembangkan perdagangan dua hala melangkaui RM114 bilion yang dicatatkan tahun lepas sekiranya kedua-dua negara dapat memperkukuh lagi pemudahan perdagangan dan menambah baik pergerakan barangan rentas sempadan.
15hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Persatuan Tukang Emas dan Barang Kemas India Malaysia (MIGJA) berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada bulan depan, terus mengekalkan pengecualian cukai ke atas barang kemas emas bagi mempertahankan daya saing industri.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kalangan pengunjung antarabangsa yang juga pengguna TNG eWallet, membelanjakan lebih RM1 bilion menerusi aplikasi berkenaan dalam tempoh enam bulan pertama Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM26).
15hari ago
BANGKOK, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Thailand berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala bernilai US$30 bilion tahun depan, didorong oleh prestasi kemajuan yang positif dalam tempoh lapan bulan pertama 2026.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul sebagai pemegang saham utama dalam Eco-Shop Marketing Bhd selepas memiliki 8.68 juta saham biasa pada 27 Ogos, 2026.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- AirAsia Group Bhd menjelaskan cadangan pengumpulan dana sehingga US$1 bilion (US$1=RM4.04) daripada pasaran hutang antarabangsa dan RM700 juta dalam kredit tempatan, bertujuan bagi penyusunan atau pembiayaan semula hutang selain penyatuan lembaran imbangan.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menyasarkan untuk mengekalkan pengeluaran minyak dan gas Malaysia pada kadar dua juta tong setara minyak sehari (mmboe/d) hingga 2028.
16hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, didorong aktiviti belian saham pada harga rendah susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, menjelang keputusan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangka ringgit terus disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang berdaya tahan walaupun pergerakan mata wang itu dalam jangka pendek dijangka kekal dipengaruhi oleh jangkaan terhadap dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan sentimen risiko yang lebih meluas.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif pada tengah hari, disokong kenaikan beberapa saham perbankan terpilih menjelang keputusan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini mengumumkan penerbitan semula sukuk jangka pendek bernilai US$1.353 bilion (US$1=RM4.03), menarik permintaan kukuh dan pelbagai daripada pelabur di seluruh rangkaian institusi kewangan Islamnya.