2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Aktiviti belian pada akhir dagangan mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu walaupun pasaran serantau mencatatkan prestasi bercampur-campur.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- GB Bond Holdings Bhd, pengeluar pelekat industri berasaskan air, polimer emulsi dan pengedap dari Pulau Pinang, telah memperoleh kelulusan Bursa Malaysia Securities Bhd untuk tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang memperkemas dasar dan insentif bagi mempercepat pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) termasuk meluaskan kemudahan pengecasan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana oleh pelabur selepas pasaran tempatan meningkat baru-baru ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lebih perlahan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah membekalkan elektrik kepada 36 pusat data yang beroperasi dengan kapasiti perancangan bekalan sekitar 4.5 gigawatt (GW) sehingga suku pertama 2026, menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
2bulan ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 6 Julai (Bernama) -- Instrumen Nilai Ekonomi Karbon (NEK) Indonesia dijangka menarik sehingga US$5.8 bilion (US$1=RM4.08) dalam pelaburan hijau dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang dianggarkan 570 juta tan setara karbon dioksida (CO2).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang 4.7 peratus pada 2026 dengan potensi peningkatan sederhana, disokong prestasi eksport yang lebih kukuh daripada jangkaan, permintaan domestik yang berdaya tahan serta risiko luaran yang semakin reda, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Plus Xnergy Holding Sdn Bhd, unit BM GreenTech Bhd, telah memeterai dua perjanjian jual beli (SPA) bagi mengambil alih sejuta saham biasa mewakili 100 peratus jumlah modal saham terbitan dan berbayar NEFIN V Power Sdn Bhd (NVP) yang bernilai RM3.6 juta.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd telah menerima subkontrak pembinaan bernilai RM926.20 juta di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, melalui usaha sama (JV) nisbah kepentingan 50:50 dengan Construction General Contracting House Ltd (CGCH).
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 6 Julai -- Minat belian baharu yang kembali melonjak untuk saham-saham perbankan dan perladangan mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Saham Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) meningkat pada awal dagangan hari ini berikutan potensi limpahan manfaat daripada projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), termasuk peluang pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sepanjang jajaran rel berkenaan.