BERITA TERKINI   Institusi wakaf dan dakwah perlu kuasai teknologi digital dan AI untuk kekal relevan - PM Anwar | Oriental Interest Bhd cadang ambil alih seluruh kepentingan ekuiti dalam Chin Hin (Jitra) Sdn Bhd, CHJ Motor Holdings Sdn Bhd pada harga RM280 juta | Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026 | SNS Network (M) Sdn Bhd peroleh kontrak bernilai RM1.21 bilion untuk bekal pelayan AI berprestasi tinggi kepada syarikat hiburan digital global berpangkalan di Singapura | 

Terdapat 361 berita berdasarkan kata kunci carian " terma"

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Mata Wang Utama Dan Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup kukuh berbanding mata wang utama dan serantau hari ini, disokong oleh penurunan harga minyak mentah yang membantu meningkatkan sentimen risiko dalam persekitaran rundingan damai Amerika Syarikat (AS)-Iran yang berterusan.

SC Keluar Nota Panduan Sukuk Agar Sejajar Dengan Maqasid Al-Shariah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini telah mengeluarkan Nota Panduan Mengenai Sukuk : Penjajaran dengan Panduan Maqasid Al-Shariah Pasaran Modal Islam Malaysia untuk mengukuhkan penjajaran penerbitan sukuk dengan Maqasid al-Shariah.

Kaspersky, Digital Penang Jalin Kerjasama Tingkat Kesediaan Keselamatan Siber PMKS

GEORGE TOWN, 29 Jun (Bernama) -- Syarikat keselamatan siber dan privasi digital global, Kaspersky dan Digital Penang memeterai kerjasama strategik bagi memperkukuh kepercayaan digital dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Pulau Pinang, sekali gus menyokong usaha kerajaan untuk membina ekonomi digital yang dipercayai serta berdaya tahan.

KPK Sasar Pengeluaran Lada Premium Negara Naik Kepada 39,000 Tan Metrik Menjelang 2030

KUALA LUMPUR, Jun 29 (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan pengeluaran lada premium negara meningkat kepada 39,000 tan metrik menjelang 2030 berbanding anggaran 33,000 tan metrik pada 2026, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Malaysia Airports percepat Transformasi Selepas Penstrukturan Semula 

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mempercepat transformasi menyeluruh organisasinya bagi memperkukuh tadbir urus, pelaksanaan projek dan kemampuan dalaman susulan langkah penstrukturan semula syarikat pada Mac 2025.

Kerajaan Pastikan Penurunan Harga Minyak Dunia Diterjemah Kepada Harga Barangan Lebih Rendah - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau penurunan harga minyak dunia dan memastikan aliran penurunan itu diterjemahkan kepada harga barangan yang lebih rendah untuk pengguna, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bursa Malaysia Keluar Pertanyaan UMA Kepada Silver Ridge Susulan Penurunan Harga Saham

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Silver Ridge Holdings Bhd (Silver Ridge) berikutan penurunan mendadak harga sahamnya baru-baru ini. 

Anak Syarikat Nexgram Memulakan Pembangunan RM2 Bilion Neu Nexus Century City Di Cyberjaya

PUTRAJAYA, 29 Jun (Bernama) -- Anak syarikat Nexgram Holdings Bhd, Neu Nexus Century City Sdn Bhd (NNCC), hari ini memulakan pembangunan Neu Nexus Century City di Cyberjaya, sebuah projek pembangunan infrastruktur, tenaga dan guna campur kecerdasan buatan (AI) dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM2 bilion.

Malaysia, EU Teruskan Rundingan MEUFTA, Sasar Dimuktamadkan Menjelang 2027

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) telah memuktamadkan rundingan bagi lima bab di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA), dengan kedua-dua pihak menyasarkan perjanjian itu dimeterai menjelang 2027.

Wilayah Utara Rekod Pelaburan Diluluskan Berjumlah RM9.4 Bln Bagi Tempoh Januari-Mac 2026

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Wilayah Utara merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM9.4 bilion bagi tempoh Januari hingga Mac 2026 melibatkan 295 projek merentasi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama, yang berpotensi mewujudkan 10,966 peluang pekerjaan baharu, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Sim Tze Tzin.

Waris Boleh Semak Takaful, Insurans Anggota Keluarga Meninggal Dunia Melalui Semak Kasih

Oleh Nurfadlina Izzati Moktar

KUALA TERENGGANU, 27 Jun (Bernama) -- Waris kini boleh menyemak dengan mudah sama ada ahli keluarga yang telah meninggal dunia mempunyai perlindungan takaful keluarga atau insurans hayat menerusi Semak Kasih.

Bursa Malaysia Dijangka Tinggi Minggu Depan, Pelabur Alih Pelaburan Tumpu Sektor Defensif

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan prestasi dagangan yang tinggi minggu depan apabila pelabur terus mengalihkan pelaburan daripada saham teknologi pertumbuhan tinggi kepada saham mewah dan sektor defensif berikutan persekitaran pasaran global yang lebih waspada.