1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur terus meningkat untuk sesi ketiga berturut-turut untuk ditutup tinggi pada Rabu, disokong oleh harga niaga hadapan getah serantau yang lebih kukuh, keyakinan terhadap rundingan Amerika Syarikat (AS)-China dan AS-Iran serta bekalan yang lebih terhad akibat cuaca buruk, kata seorang peniaga.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada akhir dagangan Rabu, diasak aktiviti pengambilan untung dalam kelompok saham wajaran tinggi terpilih serta sentimen kurang memberangsangkan terhadap saham petrokimia berikutan harga minyak yang terus menyusut, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kembali meningkat untuk menamatkan sesi pagi dengan sedikit tinggi, disokong minat belian terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih, diterajui saham telekomunikasi dan utiliti.
1bulan ago
Oleh Mohamad Syazwan Mustafa
JOHOR BAHRU, 23 Sept (Bernama) -- Penggunaan ruang niaga yang kecil, pembayaran tanpa tunai dan sistem pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) membuka peluang kepada usahawan mikro meneroka konsep kedai tanpa penjaga sebagai pendekatan mengurangkan kos operasi.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu apabila pelabur mengambil untung dalam beberapa saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus mengurangkan kenaikan baru-baru ini di tengah-tengah rundingan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, disokong penyusutan harga minyak mentah Brent serta perkembangan berkaitan geopolitik.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penyusutan dengan ditutup rendah pada Selasa berikutan harga minyak mentah yang rendah menjejaskan sentimen pasaran.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas dolar US mengukuh sehingga menjejaskan logam berharga itu.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa, dengan diniagakan dalam julat kecil berikutan pelabur terus berwaspada menjelang perkembangan geopolitik utama minggu ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih tinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan jualan ketara baru-baru ini.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur terus mencatat kenaikan apabila ditutup tinggi pada Selasa berikutan niaga hadapan getah serantau yang kukuh dan kekangan bekalan yang berterusan akibat fenomena El Nino, kata peniaga.