20hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Klanggroup Development Sdn Bhd menyerahkan milikan kosong pada September 2026 untuk dua pembangunan hartanah di Selangor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.74 bilion.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) telah berjaya memperoleh pembiayaan berjangka Islam bersindiket bernilai RM5.2 bilion, sekali gus menandakan langkah penting dalam peralihan ke fasa seterusnya rangka kerja dwi rangkaian 5G.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Permintaan penumpang global bagi Ogos 2026, yang diukur berdasarkan hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), menyusut sebanyak 0.8 peratus berbanding Ogos 2025.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menandatangani perjanjian jual beli dengan Airbus untuk mengambil alih Sepang Aircraft Engineering (SAE), anak syarikat milik penuh Airbus.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) mengekalkan agihan pendapatan sebanyak lima sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2026, yang memberi manfaat kepada lebih 82,000 pemegang unit.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama namun rendah sedikit berbanding dolar AS pada Khamis, dipengaruhi data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan, sekali gus mengukuhkan dolar AS.
21hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Peningkatan had maksimum pembiayaan perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada RM1 juta dijangka memperkukuh pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam dan menyokong permintaan dalam pasaran hartanah kediaman, kata pakar hartanah.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Persidangan Jawatankuasa Bersama mengenai Perubahan Iklim (JC3) Journey to Zero 2026 memperkukuh peranan penting industri kewangan dalam memacu agenda pertumbuhan Malaysia yang mampan dan berdaya tahan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
22hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Jumlah permintaan kargo udara global, diukur dalam tan kargo bagi setiap kilometer (CTK), naik sebanyak 4.4 peratus pada Ogos 2026 berbanding Ogos 2025, dengan operasi antarabangsa mencatatkan peningkatan sebanyak 5.3 peratus, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
22hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 menawarkan peluang untuk memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan industri serta meningkatkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) Malaysia, menurut syarikat Amazon.com, Amazon Web Services (AWS).
22hari ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) berharap Belanjawan 2027 akan mengetengahkan dasar automotif jangka panjang yang melibatkan keterangkuman teknologi bagi menyokong peralihan industri ke arah kenderaan elektrifikasi (xEV).
22hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mempertimbangkan untuk memberi lebih banyak kelonggaran kepada institusi kewangan untuk mengambil risiko yang lebih tinggi secara bertanggungjawab sebagai antara usaha untuk menyokong peralihan tenaga, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.