BERITA TERKINI   Jerebu: Sekolah di Kinta Utara, Kinta Selatan dan Kuala Kangsar di Perak kembali dibuka esok - Exco | Jerebu: Sekolah di Sentul dan Keramat dibuka semula esok, Bangsar Pudu kekal ditutup - Jabatan Pendidikan WPKL | Inisiatif Kesihatan Hati Kebangsaan 2026-2030 tumpu pengesanan awal dan rawatan penyakit hati - Dzulkefly  | KKM percepat pelantikan tetap pegawai farmasi kontrak, 3,545 masih berkhidmat setakat Julai lepas - Dzulkefly | KKM utama kebajikan jururawat, tingkat elaun pos basik kepada RM200 bagi tangani penghijrahan ke luar negara - Dzulkefly | 

Terdapat 21 berita berdasarkan kata kunci carian " cip"

Belanjawan 2027: Pendapatan, Gaji Rakyat Perlu Terus Jadi Keutamaan

GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Isu pendapatan dan gaji rakyat perlu terus diberi keutamaan dalam merangka Belanjawan 2027, seiring dengan usaha kerajaan bagi memperkukuh keupayaan syarikat tempatan dalam industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).

Malaysia Jadikan TVET Sebagai Teras Dasar Perindustrian Bagi Transformasi Ekonomi

Daripada Harlina Samson

SHANGHAI, 23 Sept (Bernama) -- Malaysia mengangkat Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) sebagai teras dasar perindustriannya, menjadikannya sebagai instrumen utama transformasi ekonomi untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dengan pendapatan yang baik.

Kelington, Tata Electronics Bekerjasama Percepat Operasi Kilang Fabrikasi Semikonduktor Dholera

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu Kelington Group Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan perintis sektor pembuatan elektronik dan semikonduktor India Tata Electronics untuk bekerjasama mempercepat kesediaan operasi kemudahan fabrikasi Tata di Dholera, Gujarat.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Kenaikan Harga Minyak, Ketidaktentuan Berkaitan AI

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa selepas ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Isnin, dipengaruhi kenaikan harga minyak mentah dan hasil bon Amerika Syarikat (AS), selain ketidaktentuan susulan pertikaian berkaitan pembangunan kecerdasan buatan (AI).

Pertumbuhan Pusat Data Mesti Beri Manfaat Nyata Kepada Ekonomi Malaysia - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu memastikan pertumbuhan pesat industri pusat data memberi limpahan ekonomi yang nyata dan boleh diukur kepada ekonomi lebih luas, termasuk memperkukuh perniagaan tempatan, meningkatkan keupayaan tempatan serta mewujudkan peluang sebenar kepada rakyat. 

MIDA Bina Ekosistem Lebih Luas Di Sekeliling Industri Pusat Data Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Sept  (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang memperkukuh ekosistem yang lebih luas di sekeliling pembangunan pusat data Malaysia bagi membantu syarikat tempatan membina keupayaan dan melibatkan diri dalam pelbagai bidang industri.

Rakuten Trade Kekalkan Sasaran FBM KLCI 1,770 Pada Akhir 2026, Belanjawan 2027 Jadi Penentu

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd mengekalkan sasaran indeks FBM KLCI iaitu penunjuk utama Bursa Malaysia bagi akhir 2026 pada 1,770, didorong oleh kebolehlihatan perolehan lebih jelas daripada perbelanjaan Malaysia ke atas sektor tenaga dan infrastruktur grid.

Minat Belian Dalam Saham Perbankan, Telco Pacu Bursa Malaysia Ditutup Meningkat

Oleh Rosemarie Khoo dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh minat belian baharu terhadap saham wajaran tinggi terpilih dalam sektor perbankan dan telekomunikasi, kata seorang penganalisis.

SDEC Selangor Dijenamakan Semula Sebagai AiSEM@Selangor, Tingkat Tumpuan Pada AI, Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 7 Sept  (Bernama) -- Konvensyen teknologi Selangor, yang dahulunya dikenali sebagai Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC), dijenamakan semula sebagai AiSEM@Selangor, Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) dan Semikonduktor.