Terdapat 1896 berita berdasarkan kata kunci carian " f"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, sejajar dengan kenaikan harga jongkong emas global serta sentimen berhati-hati yang berterusan menjelang pengumuman laporan gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) malam ini.

Sebanyak 65 Ruang Niaga, 35 Pakej Pengurusan Fasiliti Ditawarkan Sepanjang Jajaran ECRL

KUANTAN, 2 Okt (Bernama) -- ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB) menawarkan 65 ruang niaga dan 35 pakej pengurusan fasiliti kepada usahawan dan kontraktor tempatan di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sempena penganjuran Jelajah Usahawan dan Kontraktor Perkhidmatan Sokongan ECRL baru-baru ini.

Ringgit Ditutup Mengukuh Sedikit Dalam Dagangan Berhati-hati

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas bergerak dalam julat terhad, ketika sentimen pasaran kekal berhati-hati susulan ketidaktentuan global yang semakin meningkat.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup meningkat pada Jumaat yang menjejaki prestasi asas pasaran tunai.

Aktiviti Buru Saham Pacu Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat selepas mengalami pemulihan kecil pada akhir dagangan Jumaat, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan jualan ketara baru-baru ini, kata penganalisis.

Belanjawan 2027: Persatuan SME Labuan Gesa Pengecualian Cukai Bagi Perniagaan Tempatan

LABUAN, 2 Okt (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Labuan (SME Labuan) menggesa agar pengecualian cukai perkhidmatan di bawah Seksyen 48 Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dilaksanakan bagi perkhidmatan yang dijalankan sepenuhnya di Labuan di bawah Belanjawan 2027.

MBSB IB Saran Belanjawan Beri Sokongan Lebih Kukuh Ke Atas Syarikat Modal Sederhana Dan Kecil

Oleh Zufazlin Baharuddin

PETALING JAYA, 2 Okt (Bernama) -- Kepastian cukai yang lebih besar untuk syarikat dan sokongan yang lebih kukuh untuk syarikat bermodal kecil dan sederhana adalah antara langkah yang boleh memberikan dorongan kepada pasaran modal Malaysia di bawah Belanjawan 2027.

Perusahaan Diterajui Wanita Catat Potensi Jualan RM229 Juta Pada WiEX@MIHAS 2026

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Perusahaan diterajui wanita mencatat potensi jualan eksport bernilai RM229 juta menerusi sesi padanan perniagaan yang telah diatur lebih awal dan pada pameran selama empat hari yang diadakan di Pavilion Women in Export (WiEX) @ MIHAS 2026.

Belanjawan 2027: Lebih Banyak Insentif Diperlukan Untuk Percepatkan Penggunaan AI

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) – Kerajaan wajar menyediakan insentif dalam bentuk kredit dan pengecualian cukai kepada syarikat berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan, serta menyokong pengembangan pusat data bagi menarik lebih banyak pelaburan teknologi AI ke Malaysia.

Kewangan Islam Perlu Kekal Inovatif, Inklusif Dan Berdaya Saing Di Peringkat Global - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Semua pihak perlu memastikan kewangan Islam kekal inovatif, inklusif dan berdaya saing di peringkat global dalam menghadapi fasa ketidaktentuan global dan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Indeks Utama Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat, naik 0.33 peratus pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Pelanggan Guna Sehingga 800kWj Terima Kredit Pro Rata Dalam Bil Oktober - TNB

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pelanggan domestik Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan penggunaan sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan akan menerima kredit secara pro rata bagi pelarasan caj bulan September yang akan dikreditkan terus ke dalam bil elektrik Oktober 2026.