BERITA TERKINI   Piala FA: DPMM FC 3-3 KL City FC | PM Anwar: Parti politik jangan guna isu kaum untuk tarik sokongan | Piala FA : Penang FC 2-7 JDT | PM Anwar akan bertemu Anthony Loke bincang peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan | 

Terdapat 23 berita berdasarkan kata kunci carian " harga saham"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan minat belian yang berterusan, didorong oleh keyakinan bahawa sektor semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI) mengalami kitaran pertumbuhan yang pesat, kata peniaga.

Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada Skygate Berhubung Lonjakan Harga Sahamnya

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Skygate Solutions Bhd berikutan kenaikan mendadak harga saham syarikat berkenaan.

Silver Ridge Dedah Tidak Mengetahui Faktor Penurunan Mendadak Harga Saham

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Silver Ridge Holdings Bhd (SRHB) memaklumkan bahawa syarikat itu tidak mengetahui sebarang perkembangan korporat, khabar angin atau faktor lain yang tidak didedahkan yang boleh menjelaskan mengenai penurunan mendadak harga sahamnya, berikutan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia. 

RT Pastry Kini Disenaraikan Di Pasaran ACE, Sasar Lebar Sayap Ke Pantai Timur

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Penyedia produk pastri dan bakeri, RT Pastry Holdings Bhd yang mencatat kemunculan pertama di Pasaran ACE, menyasarkan untuk menyalurkan modal terkumpul daripada tawaran awam permulaan (IPO) bagi memperluas operasi ke Pantai Timur.

Bursa Malaysia Keluar Pertanyaan UMA Kepada Silver Ridge Susulan Penurunan Harga Saham

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Silver Ridge Holdings Bhd (Silver Ridge) berikutan penurunan mendadak harga sahamnya baru-baru ini. 

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat XL Holdings

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung aktiviti jualan singkat harian (IDSS) XL Holdings Bhd (XLHB) sehingga 8.30 pagi esok, 25 Jun 2026 selepas saham tersebut melepasi had harganya.

Bursa Malaysia Catat Penurunan Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Berterusan

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada Selasa apabila pelabur terus mengambil pendekatan tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan serta ketiadaan pemangkin pasaran yang jelas, kata seorang penganalisis.

Syarikat Induk Ajinomoto Malaysia Cadang Penstrukturan Semula Pada Harga RM20 Sesaham 

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Syarikat induk Ajinomoto (Malaysia) Bhd (AMB), Ajinomoto Co., Inc. (Ajico) mencadangkan penstrukturan semula pengeluar perasa makanan itu melalui langkah pengurangan modal dan pembayaran balik secara terpilih (SCR) pada harga RM20 sesaham.

Keuntungan Bersih Eco World Susut Kepada RM129.14 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Eco World Development Group Bhd untuk suku kedua berakhir 30 April 2026 menyusut sedikit kepada RM129.14 juta berbanding RM129.83 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelumnya.

Tanco: Asas Perniagaan Kekal Utuh Meskipun Harga Saham Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Tanco Holdings Bhd menegaskan asas perniagaannya kekal kukuh meskipun berdepan turun naik harga saham kebelakangan ini yang mendorong Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan Aktiviti Pasaran Luar Biasa (UMA).