BERITA TERKINI   WorldSkills Competition (WSC) Shanghai 2026: Malaysia raih satu pingat gangsa, 13 Medal for Excellence | 

Terdapat 101 berita berdasarkan kata kunci carian " konsisten"

RMS Lancar MyARX Perkukuh Transformasi Digital Ar-Rahnu X’Change

GEORGE TOWN, 12 Sept (Bernama) -- Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS), subsidiari milik penuh Bank Rakyat, melancarkan aplikasi mudah alih MyARX sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh transformasi digital perkhidmatan Ar-Rahnu X’Change.

Bahagian Automasi Mesin ABB Group Sasar Pulau Pinang Sebagai Hab Operasi Asia Tenggara

GEORGE TOWN, 8 Sept (Bernama) -- Bahagian Automasi Mesin (B&R) ABB Group yang berpangkalan di Switzerland berhasrat memperkukuh kehadirannya di Pulau Pinang dan memperluas peranan negeri itu dalam operasi Asia Tenggaranya.

Maxis Guna Teknologi Pengangkutan Optik Nokia Untuk Pacu AI, Kesalinghubungan Perusahaan

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Maxis baru-baru ini melaksanakan teknologi pengangkutan optik Nokia sekali gus memperkukuh infrastruktur rangkaian di seluruh negara dan rentas sempadan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kecerdasan buatan (AI) serta kesalinghubungan perusahaan.

Maybank Antara Pemenang Utama Anugerah IR Pertama Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) muncul antara pemenang utama beberapa kategori penting bagi Anugerah Perhubungan Pelabur (IR) Bursa Malaysia 2026 yang julung kali diadakan.

Tenaga Pintar Dan Bakat Penting Untuk Kekalkan pertumbuhan Semikonduktor Di Pulau Pinang - ABB

Oleh Farhana Poniman

GEORGE TOWN, 6 Sept (Bernama) -- Infrastruktur kuasa boleh dipercayai dan mampan, pengurusan tenaga pintar dan kumpulan bakat yang mahir adalah penting untuk mengekalkan pertumbuhan sektor semikonduktor dan elektrik dan elektronik (E&E) di Pulau Pinang dalam persekitaran kecerdasan buatan (AI) global, kata ABB.

Ringgit, Mata Wang Serantau Dijangka Hadapi Tekanan Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Ringgit dan mata wang serantau lain dijangka akan mengalami tekanan minggu depan, dengan mata wang tempatan itu dilihat diniagakan antara RM4.04 dan RM4.06 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Ditutup Mengukuh Selepas BNM Kekalkan OPR, Unjur Pertumbuhan Mampan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh tindakan Bank Negara Malasia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Ekonomi Malaysia Dijangka Tumbuh Lima Peratus Pada 2026 - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia akan berada pada kira-kira lima peratus pada 2026 berdasarkan momentum pertumbuhan ekonomi semasa yang kukuh, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Malaysia Perlu Peralihan Tenaga Terancang, Ambil Kira Realiti Semasa Dan Aspirasi Jangka Panjang - Menteri

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu melaksanakan peralihan tenaga secara terancang bagi menyeimbangkan realiti semasa dengan aspirasi jangka panjang negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

BNM Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 3 Sept  (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuaratnya hari ini.

Tomei GoldNow Perkenal Ciri Hadiah Dan Simpanan Emas

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- GoldNow milik Tomei Consolidated Bhd kini memperkenalkan ciri Gold Gifting dan Gold Savings bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai platform mudah alih pengumpulan emas terkemuka di Malaysia.

PHB Umum 400 Juta Unit Baharu AHB

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), syarikat di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), hari ini mengumumkan penambahan 400 juta unit baharu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk ditawarkan kepada pelabur Bumiputera.