BERITA TERKINI   Istana Negara teliti inisiatif bantu remaja yang berdepan tekanan emosi, masalah kesihatan mental | Raja Permaisuri Agong zahir kebimbangan terhadap isu kesihatan mental kanak-kanak, remaja | MCMC siasat kegagalan platform media sosial sekat penstriman langsung serangan di sekolah antarabangsa di Sarawak - Fahmi | LLM, Prosignal Consortium perlu beri penjelasan terperinci berhubung masalah dihadapi pengguna aplikasi TuJu - Fahmi | KSN adakan mesyuarat bersama KSU beberapa kementerian, teliti isu penggunaan aplikasi navigasi - Fahmi | 

Terdapat 22 berita berdasarkan kata kunci carian " perbelanjaan pengguna"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Tekanan Jualan

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun pada tengah hari dipengaruhi tekanan jualan, menjejaki prestasi bercampur-campur pasaran global apabila kenaikan berterusan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengehadkan sentimen risiko.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama namun rendah sedikit berbanding dolar AS pada Khamis, dipengaruhi data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan, sekali gus mengukuhkan dolar AS.

Harga Emas Global Mengukuh, Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, dipacu prestasi pasaran emas global yang terus meningkat.

Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Susulan Jangkaan Kadar Faedah Fed

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Rabu, disokong oleh jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) menangguhkan kenaikan kadar faedah bulan depan berikutan data sentimen pengguna yang lebih rendah daripada jangkaan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Aktiviti Belian Saham Pada Harga Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, meningkat semula daripada penurunan baru-baru ini berikutan keadaan terlebih jual mendorong aktiviti belian saham pada harga rendah.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Kenaikan Hasil Sebenar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, terjejas akibat kenaikan hasil sebenar Amerika Syarikat (AS) serta tekanan jualan menjelang penerbitan data ekonomi utama AS pada minggu ini.

Untung Bersih Poh Kong Lonjak 60 Peratus Kepada RM193.37 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Poh Kong Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi, melonjak 59.7 peratus kepada RM193.37 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2026 (TK2026) daripada RM121.10 juta yang diraih setahun sebelumnya.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar AS minggu depan berikutan pelabur menunggu data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan petunjuk selanjutnya mengenai hala tuju kadar faedah.

Hasil MGS Dijangka Kekal Stabil Menjelang Makluman Data Penting Minggu Depan -- Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) secara amnya kekal stabil dan mencatat pergerakan dalam julat kecil menjelang pengumuman data ekonomi penting pada minggu depan.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, menjejaki prestasi lebih lemah niaga hadapan getah serantau dengan niaga hadapan getah Jepun melanjutkan kerugian bagi sesi keempat berturut-turut, kata seorang peniaga.