2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- NGC Energy Sdn Bhd berhasrat mengembangkan perniagaannya ke pasaran baharu dan memperkukuh kedudukannya dalam sektor gas petroleum cecair (LPG) Malaysia susulan perubahan pemilikan dalam Perangsang Oil & Gas Sdn Bhd (POGSB), salah satu pemegang sahamnya.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Persatuan Perniagaan Mikro Malaysia (MAMBA) menggesa pelaksanaan strategi menyeluruh di peringkat nasional bagi memupuk dan membangunkan perniagaan Malaysia sehingga mampu menjadi peneraju di peringkat serantau dan global.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) berjaya memuktamadkan kemudahan pembiayaan berjangka Islam bersindiket berjumlah RM5.2 bilion.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) akan bekerjasama dengan pemegang sahamnya yang terdiri daripada operator rangkaian mudah alih, pelanggan dan rakan teknologi bagi mempercepat penerimagunaan 5G serta membawa penyelesaian praktikal ke pasaran.
4hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashed
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) – Pendedahan kewangan kerajaan terhadap Digital Nasional Bhd (DNB) telah berkurangan kepada sifar susulan penyempurnaan kemudahan pembiayaannya yang bernilai RM5.2 bilion, dengan syarikat itu dijangka membiayai diri sendiri sepenuhnya pada masa hadapan.
6hari ago
BUTTERWORTH, 17 Okt (Bernama) — Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) menjadi pelabuhan pertama di Malaysia yang melaksanakan rangkaian 5G persendirian menggunakan spektrum khusus, satu pencapaian penting dalam transformasi digitalnya ke arah menjadi pelabuhan pintar.
6hari ago
Oleh Hasnah Jusid
JOHOR BAHRU, 17 Okt (Bernama) -- Rangkaian restoran makanan segera tempatan, Marrybrown menyasarkan pembukaan 30 cawangan baharu di seluruh negara pada 2027 sebagai sebahagian daripada strategi memperluas operasi dan memperkukuh kedudukannya dalam industri makanan segera.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) dan Semikonduktor 2026 (AiSEM@Selangor), merupakan salah satu komponen utama dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Smartsel Sdn Bhd dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor), akan meneroka cadangan Selangor Dark Fibre Network 2.0 yang bertujuan memanfaatkan koridor utiliti sedia ada bagi membangunkan rangkaian gentian optik berkapasiti tinggi.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kerjasama antara perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia dengan Alibaba.com penting untuk membantu perniagaan tempatan menembusi pasaran global, khususnya industri halal, menerusi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan platform perdagangan digital.
7hari ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang mempergiat usaha untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak US$30 bilion dengan Thailand menjelang 2027, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
7hari ago
LABUAN, 15 Okt (Bernama) -- Perbadanan Labuan (PL) melantik usahawan Jeffrey Lim Tau Hoong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Labuan Sdn Bhd (ILSB), iaitu anak syarikat pelaburan milik sepenuhnya PL berkuat kuasa hari ini.