Terdapat 148 berita berdasarkan kata kunci carian " tambahan"

Pelabur Pusat Data Perlu Tanggung Kos Naik Taraf Talian Penghantaran Elektrik - Johari

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kos menaik taraf talian penghantaran elektrik bagi memenuhi keperluan pusat data akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada kos yang ditanggung pelabur, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

1,204 PMKS Terima Manfaat Daripada Program Sinar Setakat 30 Sept - KUSKOP

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sebanyak 1,204 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah menerima manfaat daripada program Sokongan Industri dan Perniagaan (SINAR) yang dilaksanakan SME Corp Malaysia setakat 30 Sept.

Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang memperincikan pendekatan baharu untuk memastikan tarif elektrik lebih adil dan sesuai dengan keadaan semasa pada tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. 

CTOS Dijangka Tanggung Kos Lebih Tinggi Berikutan Serangan Siber - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Agensi pelaporan kredit CTOS Digital Bhd (CTOS) dijangka menanggung perbelanjaan modal tambahan dan operasi di bawah program pasca insidennya selama 12 bulan, susulan serangan siber ke atas persekitaran awannya. 

JAG Peroleh 6.17 Peratus Pegangan Dalam Metal Bank Yang Disenaraikan Di Australia

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh JAG Bhd iaitu JAG Capital Equity Sdn Bhd melanggan saham baharu yang mewakili 6.17 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesar bagi Metal Bank Ltd.

Ekonomi Sabah Berkembang 5.1 Peratus, KDNK Cecah RM88.8 Bilion - Hajiji

KOTA KINABALU, 14 Okt (Bernama) -- Sabah mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.1 peratus tahun lepas iaitu prestasi terbaik dalam tempoh enam tahun dengan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) mencecah RM88.8 bilion, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Kerajaan Sasar Bentang Undang-Undang Anti 'Rent-Seeking' Pada 2027

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan penggubalan undang-undang baharu atau pindaan kepada perundangan berkaitan bagi membanteras amalan ‘rent-seeking’ dan fenomena Ali Baba untuk dibentangkan di Parlimen pada 2027, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Sebanyak 52,133 Pemilik Pikap, Jip Di Sabah Terima Tambahan 100 Liter BUDI MADANI Diesel

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Seramai 52,133 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip di Sabah diluluskan kelayakan tambahan 100 liter diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) setakat 12 Oktober 2026.

Malaysia Airlines Batal Penerbangan Ke Jeddah, Madinah Sehingga 17 Oktober

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia Airlines hari ini mengumumkan pembatalan semua penerbangannya yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan Jeddah serta Madinah di Arab Saudi bagi tempoh 12-17 Oktober ini.

J&T Express, Asia Aero Network Lanjut Perkongsian Kargo Udara Sehingga 2030

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- J&T Express Malaysia dan Asia Aero Network telah melanjutkan perkongsian sewa kargo udara mereka sehingga 2030 di bawah perjanjian yang ditandatangani hari ini.

Industri Sawit Malaysia Perlu Seimbangkan Aspek Mampan, Untung – MPOA

BANGKOK, 13 Okt (Bernama) -- Sektor industri minyak sawit Malaysia perlu bertindak menseimbangkan aspek kemampanan dengan keuntungan serta pertumbuhan jangka panjang selain memastikan kos pematuhan yang kian meningkat tidak membebankan pekebun kecil.

Defisit Fiskal Dijangka Susut, Risiko Perbelanjaan Kekal - BMI

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- BMI mengekalkan unjurannya bahawa defisit fiskal Malaysia akan menyusut kepada 3.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 berbanding anggaran 3.6 peratus pada 2026.