Terdapat 29 berita berdasarkan kata kunci carian " tekanan jualan"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa berikutan pelabur mengambil keuntungan dalam beberapa saham wajaran tinggi terpilih berikutan ketiadaan petunjuk daripada Wall Street susulan cuti Hari Buruh di Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Kekal Rendah Setakat Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat dagangan rendah setakat tengah hari Jumaat ketika pelabur mengambil keuntungan masing-masing susulan kenaikan sebelum ini dengan tekanan jualan mengasak saham produk perindustrian, perladangan dan kewangan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Sept  (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu disebabkan penurunan dalam niaga hadapan minyak kacang soya dan eksport minyak sawit yang lebih lemah baru-baru ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Di Sebalik Sentimen Lemah Global

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa di sebalik aktiviti jualan meluas berikutan sentimen global yang lebih lemah menjejaskan minat risiko pelabur.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Tekanan Jualan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis apabila tekanan jualan di kaunter berkaitan minyak memberi kesan kepada indeks petunjuk pasaran selepas mencatatkan kenaikan pada sesi sebelumnya, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, didorong oleh tekanan jualan terhadap beberapa saham wajaran tinggi terutama dalam sektor perladangan, perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, susulan tekanan jualan dalam kaunter perkhidmatan kewangan, utiliti dan perladangan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur Menjelang Laporan Julai MPOB

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini selepas para peniaga memperoleh keuntungan menjelang hujung minggu dan pengeluaran laporan bekalan serta permintaan untuk Julai daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada 10 Ogos ini.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Kebanyakan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat dagangan rendah setakat tengah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung yang berterusan di tengah-tengah tekanan jualan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Bursa Malaysia Susut Sedikit Pada Tengah Hari Susulan Pengambilan Untung Sederhana

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut sedikit pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung secara sederhana pada akhir sesi dagangan pagi, sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah Berikutan Tekanan Jualan Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah hari ini berikutan aktiviti penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi, terutamanya saham-saham kewangan hingga menjejaskan sentimen pasaran.