8hari ago
KUALA KANGSAR, 15 Nov (Bernama) -- Perak dijangka sekali lagi mencatatkan lebihan kewangan tahun ini mengatasi unjuran defisit sebanyak RM95.5 juta, sekali gus melakar pencapaian lebihan bagi tempoh lima tahun berturut-turut.
10hari ago
SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM3.3 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri bagi tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia berhasrat mengeratkan kerjasama ekonomi dengan China melalui pengukuhan kerjasama antara perniagaan kedua-dua negara, khususnya bagi membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menyertai rantaian bekalan dan meraih manfaat daripada peluang pelaburan yang lebih luas.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan MADANI komited mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat daripada 5.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2022 kepada 3.3 peratus pada 2027.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan akan tetap melindungi rakyat, menjamin bekalan keperluan asas serta menyokong kelangsungan perniagaan dan pekerjaan jika konflik di Asia Barat semakin meruncing.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Walaupun inflasi Malaysia berada pada tahap sederhana, trend penurunannya tidak semestinya membawa kepada kos sara hidup yang lebih rendah kepada isi rumah, menunjukkan perbezaan antara perubahan harga barangan pengguna dengan kemampuan sebenar isi rumah untuk mendapatkan barangan keperluan harian.
14hari ago
Oleh Mohamad Syazwan Mustafa
KULAI, 9 Nov (Bernama) -- Projek berimpak tinggi, Nexus Sedenak bakal menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi daerah ini, selain sebagai antara hab industri dan logistik baharu di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
18hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus adalah wajar, mengambil kira pertumbuhan ekonomi negara yang berdaya tahan serta inflasi yang terkawal.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) terakhir bagi tahun ini yang diadakan hari ini.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti pelaksanaan mandat adunan bahan api penerbangan lestari (SAF) sebanyak satu peratus pada penerbangan antarabangsa yang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula Januari 2027.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Projek Kedah Rubber City (KRC) berjaya menarik pelaburan komited bernilai RM3.344 billion membabitkan lima pelabur utama setakat September 2026, menurut Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
20hari ago
GEORGE TOWN, 3 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang perlu mempergiat usaha mempelbagaikan sektor ekonominya bagi mengurangkan risiko kebergantungan tinggi terhadap industri elektrik dan elektronik (E&E), khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran global dan perubahan kitaran industri teknologi.