BERITA TERKINI   PRN Melaka: Semua 28 pusat penamaan calon ditutup pada 10 pagi | PRN Melaka: Calon BN bagi DUN Tanjung Bidara Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka tiba di pusat penamaan calon pada 9 pagi | PRN Melaka: Semua 28 pusat penamaan calon dibuka pada 9 pagi | PRN Melaka: Calon PH bagi DUN Paya Rumput Azman Abidin diiringi Amirudin Shari ke pusat penamaan calon pada 8.45 pagi | Calon PH Adly Zahari diiringi Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Katil pada 8.40 pagi | 

Terdapat 98 berita berdasarkan kata kunci carian "harga"

Tiada Perkembangan Belum Didedahkan Di Sebalik Aktiviti Dagangan Luar Biasa - GIIB

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- GIIB Holdings Bhd menyatakan tiada perkembangan korporat yang belum diumumkan yang boleh menjelaskan aktiviti dagangan luar biasa bagi sahamnya susulan pertanyaan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd berhubung penurunan mendadak harga saham syarikat itu.

MCMC Anugerah Peruntukan Spektrum 2600 Mhz, 900 Mhz Kepada CelcomDigi

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menganugerahkan peruntukan spektrum kepada CelcomDigi Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, CelcomDigi Telecommunications Sdn Bhd (CDTel) merangkumi jalur frekuensi 2600 MHz dan 900 MHz di bawah Pakej Maklumat Pemohon No. 1 of 2026 Lot B.

HSBC Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia Bagi 2026 Kepada 5.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- HSBC menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 kepada 5.5 peratus daripada 5.2 peratus, tahun ketiga berturut-turut melepasi paras lima peratus, menurut HSBC. 

BNM Lantik Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) melantik Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil sebagai anggota baharu Majlis Penasihat Syariah (MPS) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Nov, 2026.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Penjualan Olein Sawit Di Dalian

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan penurunan niaga hadapan olein sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) di Bursa Komoditi Dalian (DCE).

MyEG Dikenakan Taksiran Cukai Pendapatan Tambahan RM353.13 Juta, Saman Sivil

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Zetrix AI Bhd, My EG Sdn Bhd, dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM353.13 juta pada Rabu.

SD Guthrie Jual Tanah Bukit Kerayong Pada Harga RM933.57 Juta, Tubuh JV Dengan Bumi Assets, YTL Power

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- SD Guthrie Bhd akan menjual tanah seluas 657.09 hektar di Bukit Kerayong, Selangor kepada Pembangunan Perindustrian Bukit Kerayong (BKID) pada harga RM933.57 juta dan bekerjasama dengan Bumi Assets Sdn Bhd serta YTL Power International Bhd untuk membangunkan tapak itu menjadi taman perindustrian.

IPO SKA Capital Terlebih Langgan 80.42 Kali

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SKA Capital Bhd terlebih langgan sebanyak 80.42 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 11 Nov 2026.

JF Tech Cadang Terbitan Bonus Sehingga 388.01 Juta Waran Percuma

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- JF Technology Bhd (JF Tech) mencadangkan terbitan bonus sehingga 388.01 juta waran percuma pada nisbah dua waran bagi setiap lima saham sedia ada yang dipegang oleh pemegang saham yang layak.

Ringgit Teruskan Aliran Meningkat Berbanding Dolar, Disokong Langkah Fed Kekalkan Kadar Faedah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar AS pada Khamis susulan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) untuk mengekalkan kadar faedahnya pada paras 3.75 peratus hingga 4.00 peratus, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) --  Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kerugian dalam niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, menurut seorang peniaga.

Kerajaan Kekalkan SST, Belum Pertimbang GST Untuk Elak Bebankan Rakyat - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan mengekalkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) manakala Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih belum menjadi pilihan selagi kos sara hidup membebankan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.