7hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pelaburan Google sebanyak US$15 bilion (US$1 = RM4.07) di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang dijangka menyumbang purata US$1.1 bilion setiap tahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sepanjang fasa pembinaan selain menyokong lebih 37,000 peluang pekerjaan tempatan setiap tahun.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Amazon Web Services (AWS) melancarkan Semarak AI Malaysia, sebuah program nasional untuk mempercepat penggunaan kecerdasan buatan (AI).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut kemudiannya, diasak sentimen berhati-hati yang merentasi pasaran serantau susulan penunjuk yang bercampur-campur di pasaran Wall Street.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) November pada Khamis ini, menurut Juwai IQI.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh jangkaan kemungkinan normalisasi Kadar Dasar Semalaman (OPR) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis ini.
12hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Industri maritim Malaysia memerlukan sokongan pembiayaan lebih kukuh daripada bank tempatan bagi merealisasikan potensi pelaburan dan membolehkan pemain industri domestik mengembangkan operasi, khususnya dalam sektor pembekalan bahan api kapal (bunkering), kata Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd Datuk Seri R. Jeyenderan.
13hari ago
GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang hari ini membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 bilion yang meliputi RM1.042 bilion sebagai perbelanjaan mengurus dan RM280.17 juta untuk perbelanjaan pembangunan.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- HSBC menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 kepada 5.5 peratus daripada 5.2 peratus, tahun ketiga berturut-turut melepasi paras lima peratus, menurut HSBC.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi untuk hari dagangan ke-10 berturut-turut berbanding dolar AS pada Jumaat, mencerminkan sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang tempatan pada permulaan dagangan.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan mengekalkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) manakala Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih belum menjadi pilihan selagi kos sara hidup membebankan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan tahun ini akan melebihi 5 peratus yang menandakan pencapaian pertumbuhan melebihi 5 peratus bagi tahun ketiga berturut-turut di bawah Kerajaan MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Fitch Ratings mengunjurkan industri kewangan Islam Malaysia melebihi US$800 bilion (US$1 = RM4.08) pada akhir suku ketiga 2026 dengan pertumbuhan dijangka berterusan, disokong oleh pasaran domestik yang kukuh, ekosistem yang matang serta sokongan dasar menerusi Belanjawan 2027.